Harimau Malaya Bawa Malaysia ke Final Piala AFF Suzuki

Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas berjaya mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua yang penuh dengan debaran.

TAHNIAH kepada semua pejuang kita !!

Harimau Malaya berjaya ke FINAL Piala AFF Suzuki 2018 dengan kelebihan gol di tempat lawan !!

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 dengan agregat 2-2. Berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan, Malaysia layak ke FINAL. Hoooorayyyy !!! 

Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua yang penuh dengan aksi menarik di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.

Gol pertama skuad Harimau Malaya itu dijaringkan dengan cantik oleh Muhammad Syahmi Safari pada separuh masa pertama.

Manakala gol kedua pula dijaringkan oleh penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71.

Muhammad Syahmi Safari turut memberikan debaran kepada seluruh rakyat Malaysia apabila kecuaian beliau telah menyebabkan beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil dan menghadiahkan sepakan penalti kepada Thailand pada ketika perlawanan berbaki 1 minit dalam masa tambahan.

Walau bagaimanapun sepakan penalti yang amat bernilai itu gagal disempurnakan oleh pemain harapan seluruh rakyat Thailand, Adisak Kraisorn.

Esok cuti tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *