Happy Birthday Sayang, My Hubsbaby. Ucapan Hari Lahir Fazura Kepada Fattah Ini Romantik Habis

” Saya kehilangan bapa saya yang tercinta pada 14 September, 18 tahun yang lalu dan pada tarikh yang sama pada tahun 1990 Allah telah mengutus seorang ‘malaikat’ ke dunia ini. Seorang yang menyalakan alam semesta dengan pesonanya, belas kasihan dan kebaikannya, dan orang yang mencuri hati saya selama-lamanya, anda telah dihantar untuk melindungi dan mencintai saya seperti yang kamu lakukan, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata bagaimana saya berterima kasih kepada kamu. Terima kasih kerana mencintai saya dan terima kasih kerana menjadi diri kamu. Happy Birthday Sayang, Hubsbaby saya. Semoga di hari mendatang akan lebih bahagia dengan kamu.. “

Begitulah ucapan penuh romantis Fazura kepada suaminya, Fattah Amin sempena hari ulang tahun kelahiran suaminya itu. Entri tersebut telah dikongsi oleh Fazura berserta klip video pendek yang memaparkan momen romantis mereka berdua.

Video tersebut telah mendapat 800k view setakat hari ini. Rata-rata netizen turut memberi ucapan hari lahir kepada Fattah Amin dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan tersebut.

Kronologi kisah cinta Fattzura.

Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara pada Ahad 26 Nov 2017

Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Pada majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya, pelakon J Revolusi berkenaan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya,

Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Baru-baru ini, teraju utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura, sekali gus menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Berita itu juga secara tidak langsung mengesahkan laporan yang dibuat BH Online sebelum ini..

Pada sidang media itu juga, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat, manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekaligus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah

 

” I lost my dearly beloved father on 14th September, 18 years ago and on the exact same date back in 1990.. Allah have sent this world a precious angel. One who lights up the universe with his charm, compassion and kindness, and the one who stole my heart forever. You were sent to protect and love me the way you do. I can never express in words how grateful I am for you. Thank you for loving me and thank you for being you. I love you eternally. Happy Birthday Sayang, my Hubsbaby. Here’s to many more happy years with you..”

Lihat video penuh di bawah
Jom baca apa komen netizen pula;

” So sweetnya kakak..happy befday bro @fattahaminz..”
” Awwwww this post makes me feel all emotions at once. Wishing the both of u all the happiness this world could offer and happy birthday @fattahaminz..”
” Semoga berkekalan sehingga ke syurga dan keluarga dlm sakinah mawaddah warahmah sentiasa @fattahaminz & @missfazura …. Amin…”
” Kenapa akk yg menangis bila tgok video @missfazura ni, teringat mcmn kecaman2 terhadap fazura dulu, kutukan pd fattah, skrg akk makin minat pd pasangan ni, tak pernah2 akk undi ABPBH sepanjang hidup…tetiba hari2 akk bukak website undi pasangan sejoli ni..”
” Love love love diz couple..hepi besda/y fattah..pliz being great to fazz..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: IG nurfazura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *