Hael Husaini dah ada pesaing. Lepas nie susahlah nak cari makan

Siapa yang tak kenal Hael Husaini. Komposer dan penyanyi lagu Jampi dan lagu Haram yang meraih trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 dan Ke-33.  Lagu Jampi dan Haram nie memang berhantu dan layak menang Anugerah Juara Lagu berturut turut.

Lagu Jampi dan Haram kedua duanya adalah ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 dan Ke-33 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Gandingan mantap kedua dua komposer ini memang menghasilkan lagu lagu yang berhantu dan diminati ramai peminat.

Mana yang tak tahu Jampi nanyian Heal seorang manakala Haram adalah gandingan mantap Hael dan Dayang Nurfaizah telah melayakkan kedua dua lagu ini menjulang trofi dalam saingan yang disifatkan cukup sengit pada dua tahun yang berbeza.

Lagu Jampi dan Haram telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi. Memang masyukkklah dua tahun berturut turut menang.

Terbaru ada satu video nyanyian seorang remaja lelaki yang menyanyikan lagu Jampi dikatakan lebih baik daripada nyanyian penyanyi asal. Betul ke?

Siap ada yang komen Sarah Suhairi pun terpaku dengar nyanyian dia. Betul ke sedap ke biase biase saje.

Ramai yang cakap suara dia sedap gila dan lenggok dia pun sedap. Ada yang minta motifviral cari budak nie. Confirm lepas nie ada yang sambar jadi artis.

Yang tak best ada yang komen cakap suara Sarah Suhairi bukan sedap mana… peerrrggghhh beraninya cakap macam tue. Sarah Suhairi nie Juara Program Realiti Big Stage kot.

Sarah Suhairi membuat kemunculan sulung beliau dalam arus perdana adalah menerusi single berjudul Pedih hasil ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran.

Sekarang Sarah Suhairi makin popular dengan lagu Nyawa dan Raga. Tahu kan lagu tue memang ramai yang sangat meminati lagu baru Sarah Suhairi nie.

So jangan berani berani cakap suara dia tak sedap tau dengar dulu baru komen.

Berbalik kepada cerita remaja yang suara lebih sedap daripada Hael Husaini nie, ada yang komen confirm masuk rancagan CCTV atau pun motif viral nie.

Ramai cakap sedap, power dan minta dia rekod… rekod apa single ke? Suara dia serious best. Yeke nie? Jom dengar best ke tak? Ke biase biase je.

Orang cakap sedap betul ke? 🎵🎶🎵🎤

Posted by ceritakaki5.com on Wednesday, April 17, 2019

Best ke cer komen sikit kat bawah nanti ye. Sebelum tue kita tengok juga video Hael Husaini menyanyi lagu nie.

Nie penyanyi asal nyanyi

Posted by ceritakaki5.com on Wednesday, April 17, 2019

Dah tengok kedua dua video? Kalau belum tengok dulu. Pastue baru boleh compare mane lagi sedap. Penyanyi asal ke penyanyi undangan dengan Sarah Suhairi tue lagi sedap? Pilih pilih…

Sebelum compare dulu apa peminat Hael Husaini komen pasal nyanyian beliau. Kebanyakan cakap power perfomance Hael Husaini … suara Hael buat jantung peminatnya dup dap dup dap dan semakin laju bile berjumpa dengan Hael depan depan…

Tak kurang pulak cakap suara Hael Husaini merdu… so kalau dah baca kedua dua komen tentang Hael Husaini dan bakal pencabar Hael Husaini boleh lah komen sikit di bawah ye.

Yang penting kita tak boleh bias kena jadi pendengar yang betul betul boleh menilai mana yang sedap mana tidak. Jika kedua dua sedap cakap lah keduanya sedap dan bagus. Dan jangan ada kondem mengondem ye.

Jangan lupa share ye kawan kawan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *