Habis Orang Pakat Gelakkan Dia, Ingatkan Apa Rupanya Sebab Pakai Helmet Terbalik. Lihat Reaksi Muka Dia Saat Kena Tegur

 

Sekiranya anda bergelar ‘rider’ memakai helmet (topi keledar) keitika menunggang motosikal adalah perkara wajib bagi penunggang motosikal di Malaysia. Ini kerana undang-undang mewajibkan pemakaian helmet telah dikuatkuasakan sejak awal tahun 70an. Terdapat juga negara yang tidak mewajibkan pemakaian helmet semasa menunggang (mungkin kepala diaorang keras kot). Ini kerana keras macam mana pun, helmet adalah pelindung utama jika berlaku kemalangan.

Dikatakan setiap negara mempunyai standard piawaian keselamatannya yang tersendiri. Sebagai contoh di Malaysia, setiap helmet harus mempunyai kelulusan dan pengesahan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi memastikan helmet tersebut memenuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan.

Bagi pengguna di Malaysia, spesifikasi yang digunakan oleh SIRIM ialah MS 1-1:2011 Protective Helmets and Visors For Vehicle Users. Standard ini merupakan yang baru menggantikan standard yang lama iaitu MS 1:1998 (pindaan daripada MS 1:1996). Sementara di negara lain pula, standard piawaian yang ada ialah AS/NZ 1698 (Aust/New Zealand), DOT (US), Snell serta ECE R22-05 bagi negara Eropah. Oleh itu setiap standard piawaian secara asasnya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memastikan helmet yang digunakan adalah selamat.

Antara tujuan utama pemakaian helmet ialah bagi melindungi kepala daripada terkena hentakan secara terus jika berlaku sesuatu kemalangan. Ini kerana helmet yang lulus standard piawaian mampu mengurangkan daya hentakan akibat impak terhadap kepala khususnya tengkorak . Malah helmet juga membantu menyebarkan daya hentakan tersebut ke seluruh bahagian helmet dan tidak hanya tertumpu kepada satu bahagian tertentu.

Menurut kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati penunggang motosikal menyumbang peratus yang besar dalam kemalangan maut di Malaysia. Tambahan lagi kemalangan maut ini adalah berpunca daripada kecederaan serius di bahagian kepala. Ini berkemungkinan berpunca daripada tidak memakai helmet atau pemakaian helmet yang tidak diluluskan/tidak memenuhi spesifikasi keselamatan.

Sementara itu terdapat 4 perkara penting mengenai helmet yang perlu kita tahu ialah outer shell (bahagian luar helmet), inner impact absorbing liner (bahagian dalam), padding dan retention atau tali pengikat.

Harus diingat, bahagian luar helmet selalunya diperbuat daripada polycarbonate, fiberglass, composite fiber atau carbon fiber. Antara fungsi utama bahan komposit ini ialah untuk menyerap tenaga yang terhasil daripada impak dan menyebarkannya ke seluruhan bahagian helmet. Dengan tindakan ini akan mengurangkan daya hentakan kepada kepala anda.

Sementara bahagian dalam pula ialah bahagian yang tak kurang pentingnya dalam menyerap dan menyebarkan daya hentakan hasil daripada impak yang berlaku. Salah satu bahan yang digunakan ialah polystrene atau styrofoam. Ada dua jenis rekaan bagi bahagian ini. Terdapat juga yang menyerap dan menyebarkan daya hentakan dan ada juga yang akan retak untuk mengurangkan daya hentakan tersebut.

Oleh sebab itu disarankan anda beli helmet baru kalau helmet korang jatuh atau terhentak dengan kuat. Anda tak tahu bahagian dalam tu mungkin dah retak akibat hentakan itu. Jika pakai jugak dah kira tak selamat la helmet tu.

Manakala seterusnya ialah bahagian padding, yang mana atau span lembut di dalam helmet berfungi untuk keselesaan korang memakai. Padding boleh ditanggalkan untuk dibasuh (kebanyakkannya adalah helmet fullface).

Dan akhir sekali ialah pengikat helmet yang tak kurang pentingnya. Jika helmet yang cukup spesifikasi keselamatan tak menjamin keselamatan anda kalau anda tak ikat pengikat helmet dengan betul. Saya tahu ada yang tak suka pakai atau pakai longgar. Cara yang betul ialah ikat tali dengan ketat, rapat ke leher/bawah dagu supaya helmet tak mudah tanggal kalau korang eksiden dan bergolek-golek atas jalan raya.

Justeru sangat penting ke mana saja anda pergi, dekat atau jauh pastikan korang memakai helmet yang diluluskan dan pakailah dengan betul demi keselamatan anda dan orang lain. Sedih jugak kadang-kadang bila aku tengok orang bawak moto pakai helmet sambil lewa. Lagi sedih kalau bawak anak, anak pulak tak pakai helmet.

Sementara video di bawah adalah hnya untuk perkongsian huburan semata-mata. Tidak dapat dipastikan di mana, siapa dan bagaimana ia berlaku. Apa yang pasti, gelagat lelaki ini memakai helmet secara terbalik telah mencuit hati orang ramai.

Jika lihat pada gaya beliau seolah bukan disengajakan. Reaksi muka beliau sewaktu ditegur menunjukkan beliau sememangnya tidak perasan helmet tersebut dipakai dengan cara terbalik. Sakit perut min tengok hahahaha.. Nasib baik brader motor sebelah tegur awal haha kalau tak sampai sudah orang gelakkan dia.

Jom lihat video lain di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *