Gol Safawi Di Persoal

Pasukan JDT telah menamatkan musim 2019 dengan penuh gemilang pabila pasukan itu telah menewaskan pasukan Kedah 3-0 untuk menjulang Piala Malaysia edisi 2019 baru ini.

Akan tetapi penjaring gol dari pasukan JDT iaitu Safawi Rasid telah di persoakan.

Gol kedua jaringan dari penyerang Johor Darul Takzim JDT, Muhammad Safawi Rasid, pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu yang lalu telah dipersoal di dalam Dewan Rakyat hari ini.

sumber:astroawani

S.N Rayer PH-Jelutong yang bangkit telah mempersoalkan jaringan tersebut menyifatkan dilihat secara mata kasar jaringan tersebut tidak masuk ke gawang gol.

Persoalnya disini, adakah Malaysia akan melaksanakan Video Bantuan Pengadil “VAR” dan Teknologi Garisan Gol “GLT” dalam perlawanan di negara kita ini?

“ Sebagai penyokong bola sepak Kedah, walaupun saya Ahli Parlimen Pulau Pinang, tetapi saya lahir di Kedah, jadi saya menyokong Kedah dan saya tertanya-tanya.”

“ Gol jaringan kedua dalam pertandingan Piala Malaysia baru-baru ini, yang melibatkan pemain Safawi Rasid, gol itu sebenarnya kelihatan tidak masuk.”

“ Cuma ada seorang pengadil di bahagian belakang yang menjaga, kerana kita “Malaysia” masih belum lagi memiliki teknologi GLT dan VAR yang telah diperkenalkan di dalam Liga Perdana Inggeris.

” Jadinya, persoalan saya adalah, bilakah perkara perkara ini akan diperkenalkan dalam pertandingan bola sepak tanah air kita?” soal Rayer.

Walaubagaimanapun, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata gol jaringan Safawi itu adalah keputusan muktamad dari pengadil.

Jelasnya, pelaksanaan VAR dan GLT memerlukan dana yang tinggi selain perlu meneliti laporan teknikal oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“ Saya rasa gol oleh Safawi itu telah dimuktamadkan oleh pengadil perlawanan, jadi tidak ada pertikaian dalam Dewan yang mulia ini.”

Katanya lagi “ FAM pernah mencadangkan VAR pada tahun 2018 selepas Piala Dunia, akan tetapi terpaksa menangguhkan cadangan tersebut kerana oleh kerana ujian kesesuaian berkaitan VAR ini memerlukan belanja yang amat besar, sedangkan FAM tidak mempunyai dana atau “wujud” keperluan setakat ini untuk menggunakan VAR,”.

” Memandangkan wujud isu-isu pertikaian seperti gol Safawi, kementerian mencadangkan kepada Liga Malaysia agar menggunakan mekanisme terbaik untuk diperkenalkan sistem seperti teknologi VAR bagi mengelak sebarang pertikaian yang tidak sepatutnya berlaku,” jelas Sim lagi.

Dilihat dari laporan teknikal daripada FAM dan FIFA amat penting sebelum perlawanan liga negara ini menggunakan teknologi tersebut.

Apa apa pun Tahniah diucapkan kepada Pasukan Johor Darul Takzim yg telah berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke negeri selatan tanah air.

Sumber: astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*