Gempar Negara Filipina Dikejutkan Dengan Kemunculan Bangkai Mahkluk Gergasi Berbulu Dipantai. Penduduk Tempatan Dakwa Ia Petanda Buruk

Suatu kemunculan bangkai makhluk “misteri” yang dijumpai di persisiran pantai di Filipina baru-baru ini telah mencetuskan spekulasi dan perdebatan hangat apabila segelintir pihak mendakwa ia adalah bangkai makhluk “dari bahagian lautan paling dalam”.

Makhluk yang seolah-olah dilitupi penuh dengan rambut dan bulu tersebut yang berdimensi enam meter panjang telah membingungkan penduduk tempatan, dengan beberapa spekulasi ia adalah petanda “sesuatu yang buruk datang”.

Malah penduduk setempat berbondong-bondong ke pantai di bandar San Antonio, wilayah Oriental Mindoro, ketika gumpalan berwarna putih kelabuan yang dijumpai di tepi pantai pada pukul 7 malam pada hari Jumaat. Ramai penduduk yang mengambil mengambil kesempatan bergambar dengan “makhluk” aneh tersebut.

Walaupun pihak berkuasa mengesyaki bangkai itu hanyalah badan ikan paus yang telah hancur, orang tempatan tetap menganggap iainya suatu kejutan kepada mereka yang yakin kemunculan objek tersebut sesuatu yang luar biasa dan mempunyai kaitan dengan satu petanda bakal berlaku.

Seoang penduduk setempat, Tam Maling berkata: ” Gempa sedang menuju ke Oriental Mindoro. Gelombang besar ini adalah petanda sesuatu yang buruk akan datang. Silakan berdoa untuk kami. ”

Sementara Vincent Dela Pena Badillo menambah: ” Ramai yang terkejut termasuk saya ketika kita terbaca berita mengenainya. Kita telah diberitahu bahawa apabila makhluk dari bahagian terdalam lautan mula muncul, sesuatu yang buruk akan berlaku.”

Penampilan makhluk ‘berbulu’ itu mungkin disebabkan oleh penguraian serat otot makhluk tersebut. Ibu kepada dua orang anak, Imelda Mariz pula membawa anak-anaknya untuk melihat bangkai tersebur yang dianggapnya milik “raksasa mati”.

” Saya tidak percaya apa yang sedang saya lihat, saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu,” katanya.

Objek itu bukanlah ‘globster’ yang pertama dijumpai,  istilah yang digunakan untuk menggambarkan suatu organik yang tidak dikenali yang terdampar di pantai yang selalu muncul di Filipina. Pada bulan Februari 2017 satu lagi misteri bangkai besar “berbulu” terdampar di pantai Pulau Dinagat, mendorong spekulasi tentang asal usulnya.

Timbul pendapat bahawa bangkai tesebut adalah seekor lembu laut atau ikan paus, sementara para ahli menyimpulkan bahawa “makhluk berbulu” yang meliputi badan bangkai misteri itu sebenarnya adalah serat otot tubuh dalam tahap penguraian yang berlaku dengan sangat pantas.

Sementara pekerja kerajaan dari Biro Perikanan dan Sumber Daya Air di Wilayah Mimapora mengatakan mereka percaya spesimen baru itu juga boleh jadi bangkai ikan paus yang mati. Mereka kini berhasrat untuk melupuskan bangkai tersebut.

Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang Perikanan Vox Krusada pula berkata: ” Hari ini kami telah mengambil sampel dari bangkai makhluk itu untuk analisis lanjut.

”  Buat masa ini kita boleh mengatakan ianya adalah seekor paus, tetapi spesies yang tepat masih belum diketahui. Sampel tisu kini dihantar ke makmal kami untuk analisis DNA.

Penduduk juga telah datang dari jauh semata-mata untuk melihat makhluk laut ‘globster’ di wilayah Oriental Mindoro, Filipina. Sementara majlis kerajaan tempatan Gloria dikatakan dalam proses mengebumikan bangkai itu. Dan mereka mengatakan bangkai tersebut berbau sangat busuk. Ia berbau seperti sesuatu dari planet lain.

” Saya benar-benar dapat menghidu kekuatan bau tersebut kerana saya orang yang mengambil sampel tisu. Saya hampir pengsan. Saya ingatkan bau itu akan hilang selepas mandi tapi bau masih melekat di hidung saya. ”

Globsters itu telah ditemui di pantai di seluruh dunia, dengan istilah yang pertama digunakan untuk menggambarkan bangkai yang tidak dikenali yang terdampar di Tasmania barat pada tahun 1960.

Walaupun seringkali sukar bagi pemerhati untuk mengeluarkan kenyataan tepat berlandaskan bukti-bukti kukuh, analisis saintifik selalu mengungkapkan bahawa mereka termasuk makhluk bawah air yang diketahui termasuk paus sperma dan jerung berjemur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *