Gara2 Muatnaik Video INI, Tak Pasal2 Nina Iskandar Dikecam Oleh Netizen

Aktress Nina Iskandar, 27 telah berkongsi sebuah klip video pendek yang telah mengundang kecaman netizen di akaun Instagram miliknya.

Dipercayai kecaman itu ditujukan terhadap lakonannya sebagai watak antagonis, Sofea dalam drama bersiri Cinta Bukan Kristal.

Melihat kepada ruangan komen, rata-rata peminat mengecam Sofea kerana menghilangkan diri lalu meninggalkan anak-anak bersama suaminya.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video

Bersama dengan video tersebut, kapsyen ditulis seperti di bawah;

” Siapa pernah ada pengalaman macam ni? Episode HANGAT tonight! You guys ready?..”

“@mawarcta: Jenis ni pun mmg tak layak jadi ibu. Ibu yang bertanggungjawab akan melindungi anak anak walaupun apapun cara. Inilah ibu yang bodoh zaman sekarang. Yang mangsa adalah anak-anak. Kalau aku pun akan cari isteri lain.”

“@fvirrrrry: Baliklaaaa sofea. Sakit hati tengok si Aryana tu buat dekat anak-anak gituu.. erghhh.”

“@oncuzaidan: Ni pun satu asyik nak lari rumah je.”

“@watybaha: Sofea oh sofea..Sampai bila awak nak menghilangkan diri?Sedarkah awak bahawa anak-anak awak sangat rindukan awak dan terseksa dek perilaku perempuan tu? Jangan nanti awak yang menyesal takde penghujung. Waktu tu awak lari ke mana pun takde siapa yang akan rindukan awak lagi.”

Dalam drama terbabit Nina membawa watak seorang isteri kepada Sharnaaz Ahmad.

Ringkasan dalam drama itu, walaupun Nina mengetahui suaminya mempunyai teman wanita lakonan Ayda Jebat, namun dia hanya mendiamkan diri tanpa mengambil tindakan.

Terdahulu, baru-baru ini pelakon Ayda Jebat turut sama menerima kutukan netizen akibat lakonannya dalam drama itu.

Jom lihat video penuh di bawah

Walaupun semua itu hanyalah dalam drama, dan pelakonnya hanyalah melakonkan watak yang tertulis dalam skrip namun tidak menghalang netizen untuk bersikap skeptikal terhadap pelakon itu terutama yang mmbawa watak antagonis.

Pun begitu, pujian harus diberikan kerana ini menunjukkan pelakon berjaya membawa watak dengan berkesan. Cuma diharapkan peminat dan netizen tidak terus mengecam pelakon di luar atau di laman sosial kerana itu hanyalah tugas mereka sebagai pelakon.

Sementara bagi pelakon ini yang sudah 5 tahun kahwin tapi belum ada anak, ini komen panas Jue Aziz

Aktress berbakat Jue Aziz tidak terkilan apabila usahanya untuk mendapatkan zuriat sendiri tidak membuahkan hasil.

Jelas Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 35, dia menyerahkan segala perancangan tentang rezeki kepada Allah.

“ Alhamdulillah kehidupan peribadi bersama keluarga baik. Banyak cara saya sudah cuba untuk mendapatkan zuria tetapi belum sampai masanya lagi.

“Betul kalau dulu saya beriya-iya usaha untuk mendapatkan anak tetapi sampai satu tahap saya relaks dahulu.

“ Tapi saya percaya perancangan Allah, mungkin belum sampai masanya lagi. Kalau ada rezeki, adalah. Berserah saja,” katanya kepada Gempak.

Menurut Jue yang ditemui pada Malam Together-Gether Hantu Kak Limah di Berjaya Times Square Hotel baru-baru ini memberitahu dia telah membuat pemeriksaan kesihatan dan kesuburan sebelum ini.

“ Buat masa ini saya tiada masalah untuk hamil.

“ Jadi mungkin kerana tekanan kerja dan bisnes memandangkan semuanya saya usahakan sendiri,” tambahnya.

Untuk rekod Jue berkahwin dengan pemuzik dari Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel Thandian pada 9 Mac 2014.

Dan dalam perkembangan lain Jue bakal membintangi filem amal berdialek Kelantan berjudul Meigho.

Jom lihat video penuh di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: tvbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *