Gara2 Aksi Hebatnya Dalam Video Ini, Budak Ini Telah Menjadi Terkenal di Seluruh Dunia Sekelip Mata

Jutaan orang dari seluruh dunia telah menyaksikan rakaman Meaalofa Te’o, seorang pemain cilik ragbi  menghalang, mengacah, dan merempuh pemain dari pasukan lawan, kelihatannya tanpa mengeluarkan peluh langsung.

Anak lelaki cilik berusia 9 tahun yang bermain dalam kejohanan liga ragbi di Canberra, Australia ini telah mempamerkan  aksinya di padang yang dianggap sebagai “seladang liar” selepas dia benar-benar mengatasi pemain lawannya.

Aksi Meaalofa Te’o pada hujung minggu tersebut telah mendapat respon dengan berjuta-juta komen di Facebook dan telah mengakibatkan keluarganya menerima panggilan pada pukul 3 pagi dari media di seluruh dunia.

Bercakap bagi pihak keluarga, Masi Tusitala memberitahu BuzzFeed News dia telah menjawab kesemua panggilan sepanjang hari dari negara “Belgium, Brazil, Tokyo…dan macam-macam negara lagi, kamu sebut jer”.

Te’o dikatan telah bermain liga ragbi sejak dia berusia 6 tahun, dan digambarkan oleh Tusitala sebagai “anak yang sangat merendah diri”.

” Dia tidak menyedari tentang bakat besarnya itu” kata Tusitala. ” Apa yang dia tahu hanya bermain dan bersuka ria, seperti kanak-kanak lain sebaya dengannya. Matlamat permainan adalah untuk mencuba, dan jelas itulah yang dilakukannya.”

Tusitalia juga mengatakan bahawa kritikan terhadap pemain cilik berusia 9 tahun itu tidak adil.

” Orang ramai mengatakan dia harus bermain di liga division lain, tetapi apa yang orang tidak faham adalah bahawa dia telah melakukannya pun dan dia tetap mendominasi pemain lain”

Tusitala berkata keluarganya pada awalnya tidak menyedari populariti mendadak anak mereka di media sosial, tetapi mengakui bahawa mereka “jelas tidak tidak biasa dengan tumpuan itu” malah mempersoalkan bagaimana rakaman video Te’o boleh tersebar.

Seorang ibu dari pasukan yang menentang pasukan Te’o pada pertandingan akhir tersebut telah mempertahankan bintang cilik tersebut, mengatakan dia “hanya melakukan apa yang sepatutnya dilakukannya.”

Kebimbangan terbesar keluarga Te’o adalah dengan maklumat palsu tentang Te’o yang tersebar di media sosial.

” Ada semua perbualan ini yang mana telah di putar belitkan” kata Tusitalia. “Ia seperti, ‘ Hai rakan, dia hanya kanak-kanak biasa dan dia pergi ke Canberra untuk bermain ..”

” Inilah tempat dia bermain setiap minggu … Sakitnya hati [untuk keluarga] melihat beberapa komen sebegitu”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: youtube Jukin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *