Gara Gara Tersalah Sondol, Zarina Anjoulie Malu Besar

Baru-baru ini tular kisah Pelakon Zarina Anjoulie yang dikatakan menyerang penyanyi Ifa Raziah melalui laman sosial Instagram sehingga mengundang kecaman netizen.

Video yang berdurasi lebih kurang 3 hingga ke 4 minit itu memaparkan sisi sebenar Zarina yang memang terkenal dengan bermulut celupar dan sentiasa menimbulkan kontroversi dalam dunia hiburan.

Jika dibilang dengan jari memang tidak cukup sebelah tangan untuk menghitung cerita kontroversi yang melibatkan pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah terutamanya semasa beliau ligat bersahabat baik dengan Fathia Latiff.

Bukan sahaja kerana kontroversi semata-mata, duo ini juga sering memuat naik video membongkarkan pelbagai kisah tentang sikap artis termasuklah ahli politik berhidung belang yang ingin meniduri mereka.

Namun,entah apa yang berlaku antara dua sahabat ini sehingga Zarina tidak mahu lagi dikaitkan dengan Fathia. Menerusi Insta Stories, Zarina telah meluahkan perasaan beliau termasuk memberikan gambaran berlakunya pergelutan antara mereka sehingga mata Fathia lebam.

Ok. Stop pasal dua sahabat yang kini menbawa haluan masing-masing sekarang kerana isu yang ingin disampaikan adalah berkenaan perang yang dilancarkan oleh Zarina terhadap Diva Ifa Raziah.

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui pencetus perbahalan ini bolehlah recap menerusi video yang dikongsikan dibawah:

Yang ni ape kes jerrr?

Posted by ApeAjer on Monday, 31 December 2018

Sebenarnya video ini bukanlah dimuat naik oleh Zarina, tetapi ianya diperolehi menerusi laman insta Ifa Raziah. Binggung dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Zarina, Ifa Raziah nyata kekal tenang menghadapi situasi tersebut. Mungkin memandangkan beliau didalam mood bercuti Euro Tour, seharusnya perkara ini tidak patut menganggu percutian beliau sekeluarga.

Menafikan sekeras-kerasnya pertudahan yang dilemparkan, Ifa telah memuat naik status ini yang menjelaskan pendirian beliau yang dikatakan fitnah.

Baru jer masuk tahun baru 2019 Ifa dah kena FITNAH dgn Zarina Anjoulie!!! Kata Ifa scandal dgn boyfriend dia…nak ajak MASUK HOTEL la bagai!!! Ya ALLAH…Apa ni??? Ujian apa pulak yg datang pada Ifa ni??? Ifa BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH tak pernah kenal dgn exboyfriend Zarina ni. Dan Ifa tak pernah kenal pun dgn si Zarina ni, tau la dia siapa, tapi tak kenal. Dia ada sebut nama ex boyfriend dia Hakim…mcm mana muka si Hakim ni pun Ifa tak tahu! Siapa2 yg kenal Hakim ni tolong sampaikan pada dia & Zarina…Sila kemukakan bukti…apa buktinya yang Ifa kenal si Hakim ni sampai ajak masuk bilik hotel. Ifa ada keluarga, ada Suami, ada anak2…apa perasaan dia org bila tgk video ni? Ifa tak pernah kacau siapa2 pun, kenapa orang buat mcm ni kat Ifa? Ifa tak ada scandal dgn siapa2 baik bujang atau suami org!!! Ifa kat London ni pun dgn suami & anak2. Ifa mmg sedih dgn apa yang berlaku skrg…kenapa Ifa selalu di fitnah, kenapa org selalu tuduh Ifa yg bukan2??? Ya Allah…Kau berilah kekuatan kepada aku dan keluarga ku utk menghadapi dugaan kali ini…Amin.

Setelah melepasi 5 hari kontroversi ini berlalu, Zarina telah menukar sementara mod laman instanya kepada tetapan ‘privacy’, namun Ifa Raziah masih mengekalkan video tersebut sehingga kehari ini. Sehingglah baru-baru ini Penyanyi, Ifa Raziah berkongsi DM Zarina Anjoulie yang diberikan kepadanya atas dakwaan yang dibuatnya baru-baru ini.

Teks peribadi tersebut menunjukkan aktres itu meminta maaf atas ketelanjuran kata-katanya. Dalam ucapan maaf tersebut juga dilihat Zarina yang mesra dipanggil Anju berkali-kali meminta maaf kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu dangdut Ser Ser Ser itu. Jom ikuti apa yang ditulisnya:

“As salam n hi kak Ifa Raziah, saya Zarina Anjoulie memohon maaf di atas segala tindakan dan tingkah laku yang sangat kurang menyenangkan. Saya dengan rendah hati sekali lagi memohon maaf sebab mengaitkan Kak Ifa dengan hal semalam. I wish nothing but peace, InsyaALLAH. It will never ever happened again. After this saya akan lebih berhati-hati dengan setiap apa yang saya perkatakan. Again I’m sorry dear Kak Ifa Raziah.

“Anju yang bodoh percaya cakap jantan. For that Anju minta maaf sebab I should have asked you personally first,” tulisnya.

Susulan itu, Ifa mengatakan bahawa semua isu telah diselesaikan dengan baik.

“Salam, saya ni seorang yg simple. Tak banyak kerenah, boleh toleransi & senang memaafkan org. Siapa yg betul2 kenal saya, tau perangai saya mcm mana. Saya tak suka bergaduh dgn orang kecuali orang tu kacau saya. Org buat mcm2 kat saya, tapi kalau org tu minta maaf, saya akan cool down. Saya boleh terima & saya boleh berkawan semula dgn mereka. Tapi jangan buat kali kedua. Contoh mcm bapok2 lakhanat tu, Saya bukan gila glamour, sikit2 nak buat PC, sikit2 PC. Ok…Zarina pun dah 2 kali minta maaf dgn saya, saya TERIMA, kita MOVE ON with our lives. Hidup saya bukan utk judge orang. Bukan untuk membetulkan hidup orang lain…kita tak perlu nak minta orang lain jadi mcm kita. Masing2 ada akal, pandai2 lah kita nak hidup mcm mana. Kita uruskan kehidupan kita sebaik mungkin, sudah. Si Hakim pun satu…nama je HAKIM, otak tak mcm Hakim. Nak tipu org pun jgn la petik nama yg org kenal. Dunia ni kecik la, satu klik je, satu dunia boleh tau. Minat sangat dgn Ifa Raziah ke??? Wowww!!! Hot sgt ke I ni???,” tulisnya di Instgaram.

Sebelum ini seperti yang dimaklumkan, Ifa meluahkan rasa kesal apabila dia dituduh menjadi punca hubungan dengan bekas teman lelaki Zarina Anjoulie itu renggang.

Jadi, pada admin sebenarnya ini merupakan kes salah faham sahaja. Mungkin kerana terlalu mempercayai sebelah pihak, Zarina hilang pertimbangan dan menyerang Ifa Raziah. Dan kes ini juga dianggap selesai apabila Ifa dengan murah hati memaafkan perlakuan Zarina kepadanya. Jom lihat komen-komen pengikut insta Ifa yang rata-rata memuji sikap keterbukaan Diva Dangdut ini :

Tapi sebaik sahaja DM Zarina dikongsikan Ifa, tiba-tiba ada pulak status baru yang dimuat naik oleh Zarina di Instagramnya. Ruangan komen ditutup pulak tu.

Bunyi seperti ada unfinished business, amaran kepada Ifa Raziah Ke tu?

Harap-harapnya tak lah..

Bak kata Ifa, Kita MOVES on with our lives.

Yang lepas tu lepas lahhh…

LubokViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *