Gara Gara Strategi Provokasi Yang Makan Diri, Penjaga Gol Thailand Terpaksa Melakukan Tindakan Ini

Skuad Harimau Malaya me nafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan mereka tidak profesional ketika meraikan kemaraan Malaysia mara ke pentas final Piala AFF dengan aksi ‘menghina’ penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom sebaik wisel penamat ditiupkan di Stadium Rajamangala, Bangkok, se malam.

Separuh akhir kedua yang ber kesudahan seri 2-2 itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya menamatkan perjuangan pasukan tuan rumah menerusi peraturan gol di tempat lawan namun cara pemain negara menyambut kemenangan itu dikatakan menimbulkan kemarahan pen yokong skuad Gajah Perang.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, barisan pemain di bangku simpanan negara berlari ke arah Chatchai sebaik berakhirnya perlawanan dengan ada yang mengelilingi penjaga gol serta ada juga yang tidur di depan nya.

Striker negara, Syafiq Ahmad men jelaskan, insiden itu sebenarnya berpunca daripada Chatchai sendiri yang melakukan provokasi ketika gol kedua Thailand dijaringkan pada minit ke-63 apabila dia berlari ke arah bangku simpanan Malaysia dengan membuat gaya tidur kepada pemain dan pegawai pasukan.

Tidak terhenti di situ, penjaga gol berusia 31 tahun itu sekali lagi mengulangi aksi ‘terlampaunya’ apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan namun sepakan yang diambil Adisak Kraisorn melambung tinggi untuk membawa Harimau Malaya ke perlawanan akhir.

“Sebenarnya ramai tak nampak apa hal sebenar yang berlaku di atas padang. Sebenarnya provokasi dimulakan penjaga gol Thailand yang datang ke ‘bench’ dan mengejek kita macam-macam.

 

“Siapa yang tak geram bila tengok pemain tuan rumah menghina kita. Jadi bila pengadil tiup wisel, kami secara spontan lari dan buat balik apa yang dibuat kepada kita.

 

“Itu saja. Tapi selepas itu penjaga gol mereka datang dan bersalaman dengan kami,” katanya kepada Sukan NSTP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Bagi tonggak defensif  Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak, dia mengakui turut geram dengan sikap Chatchai yang tidak menghormati pasukan lawan sejak sidang media pra perlawanan lagi.

“Dia dari sidang media se belum perlawanan lagi dah mulakan provokasi. Katanya, pemain Malaysia akan dapat mimpi ngeri selepas tamat aksi.

“Se karang saya rasa dia yang dapat mimpi ngeri dan tak boleh tidur lena sepanjang malam tadi. Apapun, kami sebagai pemain profesional dah ‘ok’ dan ia biasa dalam bola sepak,” katanya. sumber:- HM

Chatchai dalam Tekanan di bahan

Malaysia kini hanya ting gal selangkah untuk menjulang Piala AFF buat kali kedua selepas kali terakhir memenangi trofi itu pada 2010 di bawah kendalian Datuk K Rajagobal dengan pengendali ketika ini adalah penolong kepadanya.

Has rat penyokong Harimau Malaya untuk mengucapkan selamat malam kepada Chatchai Budprom menerusi instagram rasmi miliknya, boy_chatchai_1 tidak kesampaian selepas penjaga gol Thailand itu mengaktifkan mode privasi awal pagi tadi.

Samada tidak tahan ‘dibahan’ atau malu ekoran ayat pedas Chatchai menjerut lehernya sendiri, penjaga gol berusia 31 tahun itu terus bertindak sedemikian setelah skuad Gajah Perang tersingkir di separuh akhir Piala AFF di laman sendiri, mal am tadi.

Dan yang pasti, tindakan tersebut membolehkan Chatchai tidur dengan lena tanpa diganggu anasir nakal daripada penyokong Malaysia.

Bagaimana pun, pujian harus diberikan Chatchai, di mana dia dilihat profesional ketika menerima provokasi daripada pemain simpanan Malaysia selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok semalam.

Selepas bunyi wisel penamat dibunyikan beberapa pemain simpanan Harimau Malaya meluru masuk ke dalam padang bagi mendapatkan Chatchai di gawang golnya, sebelum mengelilingi pemain Thailand itu.

Penjaga gol tinggi lampai itu dilihat tenang men gendalikan sindiran daripada pemain negara dan menghulurkan tangan untuk berjabat sebagai tanda ucapan tahniah kepada Malaysia.

Tindak an profesionalnya tidak terhenti di situ, Chatchai juga dilihat cuba menghalang serangan rakan sepasukannya yang berang dengan provokasi pemain Malaysia.

SKUAD Malaysia mara ke final Piala AFF buat kali keempat dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 2-2, dengan perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa depan sama ada berdepan Vietnam atau Filipina.- UTUSAN ONLINE

Sumber ariana rose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *