Gara-Gara Letak Emoticon Uqasha Senrose Kena Sekolah

Pelakon Uqasha Senrose sememangnya tidak lekang daripada terpalit dengan pelbagai kontroversi berkaitan aspek peribadinya sebagai seorang selebriti. Dia yang dahulunya pernah dikecam teruk kerana membuka tudung, sejak itu sering menjadi perhatian netizen sehingga kini.

Sebelum ini dia pernah heboh diperkatakan di media sosial kerana sekeping gambar dia sedang duduk sehingga hampir menampakkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya.

Video Sekadar Hiasan

Kini, sekali lagi Uqasha ‘disekolahkan’ netizen gara-gara sekeping gambar yang diletakkan emoticon reben di dada.

Hope your day filled with unicorns and glitter

Gambar di Instagram itu menunjukkan dia memakai baju berwarna putih di bahagian dalam dan disarungkan dengan kemeja di bahagian luar. Jelas sekali pemakaian itu boleh menampakkan sebahagian dadanya dengan jelas namun telah ditutup dengan emoticon berkenaan.

Walaupun ada yang memuji cantik, namun ramai juga yang menegurnya di ruangan komen kerana menggunakan emoticon reben di bahagian dada. Ramai yang mempersoalkan tindakan itu kerana pada mereka, tiada guna menutup di gambar tetapi di luar menayang selamba.

Why cover-cover sticker pulak

Takyah tutup kalau nak tutup baik tutup semua

Tapi kenapa tutup dengan ribbon merah tu

Takyah lah letak sticker ribbon tu sedih lah

Sumber: uqashasenrose2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *