Gara Gara Gambar Bercuti Di Maldives Tersebar Lihat Apa Respon Neelofa Pula

PELAKON dan penerbit Datuk Hans Issac menafikan gosip mengatakan beliau pergi bercuti bersama selebriti Neelofa di Maldives, baru-baru ini.

“Tak adalah. Saya di KLIA nak pergi tempat lain. Mereka yang ke sana (Maldives) dan bukannya saya,” katanya ringkas.

Hans, 47, atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac berkata sedemikian bagi menjawab dakwaan pengguna laman sosial yang menemuinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Maldives.

Individu itu memuat naik gambar bersama Hans beserta keterangan seolah-olah menggambarkan Hans dan Neelofa berada di lokasi sama.

“Alhamdulillah selamat sampai Maldives. Kenal tak siapa di sebelah tu. Lofa lari awal lagi dan tak sempat nak terjah. Yang ni pun sebab berbaris di belakangnya di imigresen, jadi sempat ‘membawang’,” tulis individu itu di Facebook.

Biarpun menafikan perkara itu, Hans dalam masa sama mengakui sudah mempunyai kekasih hati.

“Saya tidak bujang. Saya ada kekasih. Mungkin saya nak kahwin, mana tahu.

“Cuma saya tak boleh beritahu siapa dia, sama ada orang industri atau tidak. Dari dulu lagi, kisah peribadi saya tak akan buka macam tu saja.

“Saya tidak sorok, cuma apa saya boleh kongsi memang sudah ada kekasih. Bila saya nak kahwin baru saya boleh beritahu,” katanya.

Sebelum ini, Hans yang juga juri program Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 mengejutkan ramai pihak apabila membatalkan perancangan untuk berkahwin dengan model pada Oktober tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *