Gara Gara Dilaga Netizen, Rita Dedah Status Terkini Dengan Aidil

Geram Rasa Hati Rita Rudaini ada orang nak lagakan hubungan dengan Aidil demi anak-anak – Namun Netizen tetap menyokong Rita.

Rita Rudaini (dilahirkan sebagai Rita Rudaini binti Mokhtar; 11 April 1976) merupakan salah seorang pelakon wanita dan model popular di Malaysia.

Dilahirkan di Kangar, Perlis, beliau membintangi banyak drama TV tempatan. Biarpun agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem “Mami Jarum Junior” hingga memberikannya nominasi untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) pada tahun 2004.

Rita membina nama sebagai pelakon sejak tahun 2000. Drama pertama lakonannya adalah Dulang Wan Chu arahan Ismail Yaacob. Sejak itu Rita membintangi puluhan drama TV dan drama bersiri. Seringkali menjadi pilihan untuk memegang watak utama.
Di layar perak, Rita diperkenalkan menerusi filem Mendam Berahi, namun kutipan filem tersebut tidak memberangsangkan.

Pada 2003, Rita muncul menerusi watak perempuan anak dara tua yang kepoh dalam filem Mami Jarum Junior yang melayakkan beliau tercalon untuk kategori Aktres Terbaik – Festival Filem Malaysia ke 17 bersaing bersama-sama Amy Mastura (Bintang Hati), Maya Karin (Pontianak Harum Sundal Malam), Janet Khoo (Paloh) dan tewas kepada Nasha Aziz (Trauma).

Pelakon jelita Rita Rudaini mendedahkan ada pihak yang tidak senang jika dia berbaik dengan bekas suami, pemain bola sepak terkenal Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Menerusi kemas kini laman sosial Instagram milik Rita, pelakon filem Mendam Berahi itu memuat naik foto lama Aidil bersama dua orang anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Dipetik daripada laman instagram Rita Rudaini


“Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik… Walaupun demi anak-anak… Gigihlah cuba nak lagakan kami.

“Anak-anak kami jadi mangsa… KEJI dan JIJIK… AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik… Kenapa ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy ‘Bergabung Meletop’?

“Rancanglah macam mana pun… Buatlah macam mana pun… Biar pun beribu tahun… Sistur ok ja… Sebab sistur percaya, satu hari nanti, TUHAN akan bisikkan hanya yang BENAR pada daddy RyanJuna,” tulis Rita.

Sebelum ini, menerusi laporan Harian Metro, Rita berharap Aidil dan keluarga memikirkan perasaan Rayyan dan Arjuna yang merindui belaian dan kasih sayang seorang bapa.

“Saya tahu anak-anak nak sangat bertemu Daddy mereka. Selalu mereka bertanya bila boleh jumpa sampai saya tak tahu nak jawab macam mana. Sekali dua boleh pujuk, kalau dah banyak kali saya tunjuk wajah ayah mereka di kaca TV.

“Walaupun hanya menonton di TV, sedikit sebanyak dapatlah ubat rindu anak-anak,” katanya.

Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 42, bernikah dengan Aidil di Thailand pada 2008 dan berpisah pada 5 September 2013.
Selepas itu, Aidil, 31, mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada 14 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Foto: Instagram Rita kredit : rimbabara/newsviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *