Fizo Buka Kisah Sebenar Yang Buatkan Orang Ramai Buka Mata

Dia menjadikan 7 Ogos yang lalu sebagai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Fizo Omar telah selamat mengerjakan Haji bersama rakan-rakan dan para jemaah yang lainnya.

Sempat berkongsikan pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar di Youtube rasmi Zayan My, keberangkatannya ke Tanah Suci adalah menjadikan dirinya lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian.

Berkata “ Apabila kita sampai di sana “Mekah”, kita tak ada apa-apa pun ertinya jika berpangkat seperti VVIP, artis, jutawan dan banyak duit sekali pun, disana kita semua sama sahaja di sisi Allah swt. Ketika itu umat manusia hanya tuduk serta mengadap Allah dan berbanyak mintalah (doa) pada dia.

“ Kita terlalu kejar dunia sangat selama ini, Jika sampai sana, kita akan melihat kebesaran Allah swt. Dan anda bayangkan berjuta umat manusia berada di sana,” jelasnya dengan nada yg sebak.

Boleh dikatakan sepanjang berada di Tanah Suci itu, bintang filem 7 Petala Cinta ini juga sempat berkongsi pengalamannya menguruskan satu jenazah yang tidak dikenali.

“ Di dalam berjuta umat manusia di sana, ada seorang itu tarik saya untuk uruskan jenazah kepada individu yang saya tidak kenal.

“ Saya dapat mandikan, kafankan dan solatkan jenazah tersebut. Saya juga masuk ke liang lahad untuk kebumikan jenazah yang sebenarnya saya tak kenal langsung dia.

“ Apa yang sebenarnya Allah nak tunjukkan pada saya?,” saya fikir sejenak. Walaubagaimanapun, Fizo amat yakinn bahawa setiap apa yang berlaku pada dirinya ada hikmahnya.

“ Sebenarnya apabila Allah swt ketuk pintu hati kita untuk pergi Haji ketika kita masih muda dan bertenaga adalah kerana dia mahukan orang muda pergi bantu pada orang lain untuk dipermudahkan kerja-kerja Haji seperti orang-orang tua yang tidak berdaya,guna kerusi roda, guna tongkat dan ada yang kelihatan kena dipapah. Tapi mereka dilihat masih lagi bersungguh-sungguh untuk ke Tanah Suci,” kongsinya yang menganggap ia adalah satu simbolik daripada Allah.

Ada sesetengah manusia itu bukan mudah bersujud meminta kepadanya kerana untuk sujud itu bukan kerja dahi akan tetapi ianya dari kerja dari hati. Oleh itu, hati yang jauh dari Allah SWT sudah pasti tidak mampu bersujud kepada Nya, manakala hati yang ada rasa cinta akan mudah merintih, meminta dan bersujud kepada Nya.

Sesungguhnya dalam hati itulah wujudnya sebuah cinta hakiki iaitu cinta yang hanya kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya. Tetapi lumrah kehidupan sesuatu yang berharga itu adalah bukan mudah untuk kita perolehi. Ia boleh di umpama permata dan kaca, yang pastinya kaca lebih senang dibeli jika di bandingkan dengan permata itu.

Moga kisah kisah Fizo Omar yang sempat dikongsikan itu dijadikan tauladan buat bakal2 jemaah yang ingin mengerjakan haji untuk pada musim akan datang.

Tonton Vdeo rakaman dari Fizo

Kisah Inspirasi Fizo Omar, Kredit to Youtube Zayan My

Kisah Inspirasi Fizo Omar, Kredit to Youtube Zayan My

Posted by Rock N Roll Pizza on Tuesday, October 8, 2019

Dah baca jangn lupa sharekan yer..

Sumber:monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*