Fahami Kenapa Anda Mempunyai Masalah Punggung Dan Pinggul Yang Lebar

Ramai wanita kini dibelenggu masalah punggung dan paha besar lebih-lebih lagi masalah ini dihadapi oleh golongan wanita yang telah berkahwin. Perkara ini pasti membuatkan mereka lebih merendah diri dan tidak berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang lain. Seakan sudah menjadi pemandangan biasa pula. Kenapa berlaku pada wanita? Adakah faktor selalu duduk dan tiada senaman? Tidak semestinya, ini dia sebab yang perlu anda fahami.


Pengaruh hormon
Lelaki dan wanita mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon. Hormon estrogen pada wanita menyebabkan lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian peha dan punggung, mana kala hormon testosteron menyebabkan lemak pada lelaki lebih banyak terkumpul di bahagian perut. Tapi lemak ini pada paha dan pungggung untuk wanita ini sebenarnya penting untuk proses kesuburan dan penyusuan. Sebab itu orang kata wanita punggung besar lebih subur.

Bentuk tubuh
Bentuk tubuh mempengaruhi ukuran peha dan tubuh anda. Wanita dengan bentuk tubuh seperti buah pir akan mempunyai ukuran peha dan punggung lebih besar dan lebar berbanding saiz normal. Anda tidak boleh mengubah bentuk tubuh, Jika anda punya tubuh bentuk pir, anda harus bekerja keras untuk membentuk peha menjadi lebih ramping.

Otot
Punca lain anda punya ukuran paha dan punggung yang besar adalah kerana anda secara semula jadi sudah mempunya otot peha yang besar. Otot paha meski keras dan tidak berlemak tapi tetap dilihat sebagai besar.

Senaman mengecilkan punggung dan paha
Bagi anda yang mempunyai bentuk badan sebegini, janganlah kecewa kerana anda masih boleh mendapatkan kaki dan punggung yang mantap dengan senaman sesuai. Cuba senaman ini:

  • Lakukan aktiviti yang boleh membakar kalori dengan cepat, seperti berbasikal, berlari, dan lompat tali. Lakukan aktiviti selama 60 minit sebanyak lima kali dalam seminggu untuk menghilangkan lemak di paha.
  • Anda boleh cuba berlari menaiki atau menuruni bukit, atau melakukan sesuatu yang lebih mudah seperti naik-turun tangga di rumah anda. Itu boleh membantu membakar lebih banyak kalori pada tubuh, terutama peha.
  • Senaman aerobik cukup baik untuk membakar kalori dan membantu anda mengurangkan berat badan yang akan mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat.

Akan tetapi senaman saja tak memadai untuk mengecilkan dua bahagian ini jika anda terus mengambil makanan tinggi kalori dan lemak. Oleh itu kurangkan makanan sebegini dalam diet harian. Makan banyak sayur dan buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan bukannya lemak trans. Ini dapat mengelakkan lemak trans itu berkumpul di paha anda. Semoga berjaya!

Kegemukan dan lemak lelaki terletak pada perut. Bila nampak boroi, maka selalunya kita kata dia gemuk.

Sebaliknya, lemak perempuan tidak terkumpul di perut tetapi di paha. Oleh kerana itu, ada orang perempuan yang nampak kurus di muka, tapi sebenar masih mengalami masalah berat badan berlebihan.

Maka inilah yang paling mereka risaukan! Bukan sahaja peha yang besar, ada juga yang mempunyai punggung yang lebar.

Berikut ialah tips dan cara mengecilkan paha yang bakal memberikan anda keyakinan baru!

kecilkan perut

7 RAHSIA KECILKAN PERUT, PEHA & PUNGGUNG, DALAM 2 MINGGU!

1. SAYURAN & BUAH-BUAHAN

Sayuran dan buah-buahan adalah kunci kepada kesihatan pencernaan yang baik.

Apabila anda lebihkan sayuran dan buah-buahan, anda juga akan lebih cepat kenyang dan dapat mengurangkan ‘portion’ makanan anda.

Selain itu, gantikan snek dengan buah-buahan sihat atau kekacang seperti badam, pistachio, atau almond. Lebih sihat!

Jaga pemakanan dan diet untuk cepat hamil

2. LAKUKAN ‘LUNGES’

Kebanyakan wanita memang malas bersenam. Tetapi hakikatnya, ‘lunges’ adalah salah satu jenis senaman yang paling mudah dan terbukti berkesan membakar lemak dan kecilkan perut, punggung, dan peha.

Ikuti 2 langkah mudah seperti dalam gambar di bawah ini.

Teruskan ‘lunges’ ini selama 30 saat pada posisi A sebelum beralih kepada posisi B.
senaman kecilkan perut

3. BENGKUNG ATAU ‘SHAPEWEAR’

Jika malas melakukan senaman, andaboleh juga melabur sedikit untuk membeli bengkung atau ‘shapewear’.

Dapatkan material yang sesuai dengan saiz yang elok supaya shapewear yang dipakai dapat memberi kesan yang optimum.

Selain mengurangkan lemak-lemak yang terkeluar, ia turut memberi kesan untuk jangka masa panjang.

Menariknya, anda juga dapat melihat kesan serta-merta. Ini amat berguna, lebih-lebih lagi jika anda sedang bercadang untuk menghadiri makan malam yang penting!
kecilkan perut

4. GUNA KRIM ANTI-SELULIT

Peha dan punggung adalah antara bahagian yang selalu menjadi mangsa selulit

Tapi jangan risau kerana terdapat krim di pasaran untuk membantu menghilangkan kesan selulit pada kaki.

Krim ini boleh menjadi sangat berkesan dalam melicinkan kemunculan lubang-lubang kecil akibat selulit apabila digunakan secara konsisten.

Jika anda tidak mahu membeli krim selulit, boleh buat skrub sendiri di rumah dengan menggunakan 1/4 cawan serbuk kopi, 2-3 sudu besar minyak zaitun, dan 3 sudu besar gula perang.
kecilkan perut

5. SELAMAT TINGGAL GULA

Sebuah kajian yang dilaporkan oleh CNN menunjukkan 10 hari tanpa gula akan menunjukkan kesan kesihatan serta pelangsingan yang jelas.

“Walaupun kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak, tiada sebab ia tidak memberi hasil yang sama kepada orang dewasa,” kata Dr Robert Lustig dan kumpulannya yang menjalankan kajian tersebut.

Jika anda berasa sukar untuk menghentikan gula serta-merta, cubalah berhenti secara perlahan.

Contohnya, menahan daripada mengambil gula pada makan malam terlebih dahulu.
petua merahkan bibir

6. LAKUKAN SENAMAN MUDAH

Satu lagi cara yang sihat untuk kecilkan perut, punggung, dan peha adalah dengan melakukan senaman kardio.

Apabila anda membakar lebih banyak kalori berbanding yang anda makan, anda akan kehilangan berat badan dan mendapatkan tubuh yang langsing

Senaman kardio yang paling berkesan adalah joging, berjalan, naik turun tangga, atau berbasikal – kesemuanya menggalakkan pergerakan kaki yang aktif.

Selain itu, boleh juga anda melakukan senaman mengikut langkah mudah di bawah ini. Hanya perlu berbaring!

7. BACA KISAH & ‘QUOTE’MOTIVASI

Kadangakala baru 2-3 hari dalam proses ‘diet’, kita dah mula rasa seperti tiada perubahan dan malas untuk meneruskannya.

Jangan begitu, tubuh badan anda memerlukan sedikit masa untuk menunjukkan reaksi terhadap perubahan yang anda lakukan.

Antara sumber motivasi dan aplikasi telefon pintar yang boleh membantu anda diet adalah Fitness Buddy dan banyak lagi.
rahsia kecilkan perut

TAK MUSTAHIL, BUKAN? CUBA LIHAT KESANNYA DALAM 2 MINGGU!

Misi untuk kecilkan perut, punggung, dan peha mungkin bukanlah semudah yang anda sangka.

Ianya tentu memerlukan keazaman yang tinggi tetapi ia BUKAN sesuatu yang mustahil.

Bersemangatlah, kerana ini yang akan membantu anda meneruskan usaha mencapai hidup sihat sehingga ke akhirnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *