Erra akhirnya buka mulut ttg apa sebenarnya yg terjadi antara dia dan umie aida

Erra atau Fazira Wan Chek, 45, bagaimanapun berkata, dia mengambil isu tersebut secara positif serta melihat ia sebagai pengajaran paling bermakna dalam menjadikan dirinya lebih baik pada masa hadapan.Erra Fazira menganggap kontroversi antara dia dengan pelakon Datin Seri Umie Aida sebagai titik hitam dalam hiduppnya.

Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri. Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ni sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.

Saya berharap dan tolong d0akan juga agar perjalanan saya lebih baik dan InsyaAllah saya hanya mahu teruskan hidup dengan lebih baik, produktif, tenang dan damai.

Banyak saya belajar dan ia satu pengajaran yang paling best dalam hidup. Apa yang berlaku, langgar lubang atau dinding, kita buat apa sekali pun, ia ya bukan pelajaran tak bagus… Semuanya bagus bagi saya,” katanya kepada mStar.

Erra ditemui ketika dia hadiri majlis pelancaran program bual bicara Mingguan Wanita di Bens, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada 13 Jun lalu, Umie menerusi laman Instagramnya mendedahkan dirinya di khanati oleh seorang sahabat baiknya sendiri.

Menerusi catatannya itu, Umie berkata dia tidak berniat utk mengaibkan manamana individu namun beranggapan dirinya sudah mempunyai hak untuk meluahkan rasa ke cewa.

Susulan itu, Erra mengakui kesilapannya melukai sahabatnya itu telah pon memohon maaf buat kali ketiga.

Erra turut memberitahu Umie pernah menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah apa yang berlaku melukai hatinya, pelakon yang pernah popular menerusi filem Pasrah memberitahu biarlah rasa duka itu disimpannya sendiri.

Saya berduka atau tidak itu adalah cerita saya. Hal tentang peribadi saya dan saya ada tempat untuk mengadu, ujarnya.

Walauagaimanapun persengketaan antara Umie dan Erra akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-duanya bersemuka bagi menjernihkan keadaan.

Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali,yang enggan bermasam muka dengan Erra mengakui kinii dia sudah berbaik semula selain turut meminta warganet dan netizen agar tidak bercakap mengenai hal ini lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @lubokviral untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Kredit:Mstar /monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*