Eira Syazira Dih€ntam Peminat Gara Gara Vid€0 Ter|ampau Adiknya Dengan Ariel Peter Pan

Dunia seni ini kecil sahaja dan tarikan popularitinya cukup kuat. Jadi tidak hairanlah adik kepada beberapa selebriti tempatan turut sama menjerumuskan diri ke dunia seni yang penuh cabaran ini.

Jika disebut adik beradik KRU, Ziana dan Anuar Zain, adik beradik Senrose, anak-anak gadis Maembong mahupun Fatimah Abu Bakar dan Sam serta Siti Saleha; mereka sudah cukup dikenali sebagai selebriti adik-beradik yang membina nama dalam industri.

Kalau sebut nama Eira Syazira ianya memang telah dikenali sejak penglibatannya dalam bidang lakonan tahun 2004.

Sepanjang kerjayanya Eira pernah membintangi drama Assignment, Meniti Bara, Gerak Khas, Elly, Ku Milikmu, Dingin Lavender dan Cinta Balqis.

Pelakon ini turut membintangi filem Bisikan Remaja, Ngangkung dan Aku Bukan Tomboy. Selain itu, Eira turut mencuba nasib dalam bidang nyanyian menerusi album Di Hati Ini dengan lagu Istana Cinta sebagai lagu tema Cinta Balqis.

Kini adiknya, Syanie Aida turut mengikut jejak langkah kakaknya apabila wajahnya mula kelihatan dalam drama Cinta Illahi, Memori Cinta Suraya, Sweetie Nannie, telefilem Di Pintu Syurga serta filem Fobia Malam Pertama dan banyak lagi.

Inilah gambar adik kepada Eira Syazira, pelakon drama Ku Milikmu di TV3. Ala yang pakai spek tebal dan muka nerd tue. Dari sumber-sumber yang diterima, nama adiknya nie Syanie Aida katanya.

Mengambil peluang untuk memperkenalkan diri dalam bidang seni, platform kakaknya digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan lagi tapaknya dalam industri hiburan tanah air.

Awal tahun 2018, dikatakan Eira Syazira telah menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin yang turut bersama mengikuti jejak isterinya.

Dikatakan telah bernaung lebih daripada 3 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di Indonesia, Eira kini dalam proses merakamkan album nyanyiannya disamping terlibat didalam acara seni negara seberang itu.

Mengikuti rapat perkembangan semasa Eira, banyak perkongsian berkenaan projek terbarunya dimuat naik di laman instagram beliau.

Disamping itu keletah dan ragam pasangan Eira-Azad ini sememangnya menjadi tumpuan peminat setia mereka apabila mereka kerap berkongsi video usikan Azad yang terkenal dengan personaliti kelakar dan gila-gila.

Terbaru ini Eira telah dijemput oleh stesyen televisyen SCTV untuk bersama-sama menjayakan konsert ambang tahun baru bersama beberapa artis Indonesia.

Sempat berkongsi bersama peminat sepanjang konsert tersebut berlangsung, ramai yang memuji persembahan yang dilakukannya. Apatah lagi menjayakan konsert besar di negara orang, keupayaan Eira sememangnya dikagumi rakan artis dan peminat setia.

Namun apa yang menarik perhatian adalah video terbaru yang dikongsikan oleh Eira yang mendapat respond negatif peminatnya di tanah air. Memaparkan kelibat adiknya Syanie Aida yang ditarik naik ke pentas semasa persembahan Ariel Peter Pan, beliau nyata teruja sehingga lupa diri apabila memeluk Ariel Peter Pan dan mencium pipi Ariel diatas pentas.

Buruk perangai

Posted by Berbual Sambal on Tuesday, 1 January 2019

Tindakan spontan ini dikongsikan oleh Eira yang beliau sendiri hampir tidak percaya dengan tindakan adiknya itu, namun mengatakan bahawa adiknya begitu bertuah kerana dapat naik ke pentas dan memeluk Ariel.

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh peminat, rata-rata mengecam tindakan Syanie Aida yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Antara yang paling banyak mendapat komen balas adalah kenyataan daripada syuraa86 yang mengatakan lebih baik Syanie Aida keluar |slam daripada terus mencemarkan kesucian agama dengan perlakuan seperti itu.

Bengang dengan komen netizen yang terus menerus menghentam adik iparnya, Azad turut terbabit berbalas komen dengan menggunakan perkataan yang dirasakan tidak sesuai.

Namun ianya segera dipadam apabila ramai peminat instagram isterinya itu mula mengatakan bahawa mereka kini hilang rasa hormat kepadanya dan bercadang untuk tidak menyokong kerjaya seni keluarganya lagi.

Berikut adalah sebahagian komen-komen pedas netizen yang sempat di rakam admin.

Diharapkan Azad Jasmin dan Eira Syazira tabah dalam menempuhi liku-liku sepanjang bergelar artis ni. Maklumlah, semua perkara yang dilakukan paati akan menjadi perhatian peminat. Mana yang peminat tegur untuk kebaikan tu boleh la difikir-fikirkan.

Harap pasangan ini terus sukses dalam bidang yang diceburi di masa akan datang.

LubokViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *