Ditegur pasal KOPEK, Janna Nick Tampil Bahasakan Pemuda Ini

Nama Janna Nick semakin menjadi sebutan dan perbualan ramai semenjak bermulanya Drama Syurga Nur di Slot Akasia di TV3 pada pertengahan tahun 2015.

Sejak dari itu, Janna terus mengorak langkah untuk memahat nama dalam industri hiburan tanahair. Melihat pada sambutan penonton terhadap lakonannya yang memberangsangkan, media mula mencari maklumat dan informasi berkenaan dengan gadis yang mempunyai wajah keanak-anakan itu.

Nama beliau semakin meningkat dan popular saban hari apabila ramai tertarik dengan bakat lakonannya yang membawa watak NUR dengan sangat berkesan dalam Drama Syurga Nur di Slot Akasia TV3.

Pasti ramai penonton yang terkesan diikuti dengan pelbagai reaksi semasa menonton siaran tersebut. Drama Syurga Nur dikatakan antara Drama dari Slot Akasia TV3 yang mendapat rating yang tinggi sekaligus menaikkan nama dan populariti Janna Nick dalam  bidang lakonan dan perfileman.

LATAR BELAKANG JANNA NICK

Janna Nick yang kini berusia 23 tahun, lahir pada tahun 1995 di Sungai Petani, Kedah. Berketurunan Cina, Pakisan dan Thai,

Beliau merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas.

Antara drama yang pernah dilakonkan Janna Nick adalah Jodoh, Tonton Anak Ke-5, HidayahMu Ramadhan, Puasa Oh Puasa, Abang Sado Jual Kain dan yang terbaru Syurga Nur.

Janna Nick juga pernah berlakon dalam dua telefilem iaitu Ikatan (RTM), Cinta Vlog (TV9) dan sebuah muzik video bertajuk Mikraj Cinta.

Untuk peminat yang ingin mengenali dan mendekati Janna Nick bolehlah mengikuti akaun Instagram dan Twitter beliau

Semakin mengorak langkah dalam bidang seni, nama Janna Nick turut tidak terlepas dengan beberapa siri kontroversi seperti :

Adegan Bercium Dengan Fattah Amin

Kontroversi tercetus apabila adegan “bercium” beliau bersama Fattah Amin dalam drama Sepetang Bersama Dia dikritik warga net.

“Saya tak rancang kontroversi untuk raih populariti, kalau saya nak kontroversi baik saya pergi kelab” ulas Janna ketika ditanya mengenai kontroversi yang melanda dirinya ketika itu.

Dikatakan Bermasam Muka Dengan Ayda Jebat

Baru-baru ini Janna Nick akui ada menyindir seorang artis yang berlagak baik ataupun ‘plastik’ kerana ingin mendekati dirinya. Ada sesetengah warga net yang menuduh kononnya artis yang dimaksudkan Janna itu sebenarnya adalah Ayda Jebat. Namun beliau tampil menafikan perkara itu sebaik sahaja ia menjadi perbualan hangat di media masa.

Dikritik Memakai Seluar Sendat Semasa Mengacara Melodi

Awal tahun ini Janna pernah dikecam gara-gara memakai seluar yang ketat dan sendat ketika mengacarakan program Melodi secara langsung. Rata-rata netizen kecewa dengan penampilan Janna itu dan berpendapat seseorang pengacara ataupun artis harus tampil dengan imej lebih sopan kerana program tersebut menjadi tontonan umum terutama sekali golongan remaja.

Dikecam Gara-Gara Menawarkan Service Ucapan Birthday RM50 Di Laman Sosial

Pelakon Janna Nick diserang warga net selepas kecoh isu dia mengenakan RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmatnya. Malah, posting yang dimuat naik aktres tersebut di laman Instagram turut dihujani dengan komen yang ternyata kurang senang dengan cara perniagaan itu dilakukan.

Walau apapun kontroversi yang melanda, nama Janna Nick nampaknya terus kekal relevan dalam industri hiburan tanahair apabila beliau dilihat kian aktif dalam menjayakan beberapa drama dan filem tempatan.

Diharapkan Jannah terus berjaya dimasa akan datang.

Last but not least, admin belanja video Janna belakon babak kelakar dalam drama Mek Kelate satu masa dahulu. Drama ni memang kelakar dan berjaya menjadi antara salah satu drama kegemaran admin yang dilakonkan oleh Janna.

Pada yang tak pernah tonton bolehlah berbuat demikian di laman www.tonton.com.my

Pasti terhibur

LubokViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *