Dikecam Netizen Kerana Bersikap Biadap Dengan Pakcik Jual Coklat. Siti Sarah Akhirnya Buka Mulut Buat Semua Terkejut

Siti Sarah menerima kecaman netizen gara-gara tidak membeli barang yang dijual seorang lelaki dalam sebuah video yang dimuat naik pada Rabu.

Beliau yang juga isteri kepada pelawak popular Shuib bagaimanapun menjelaskan video berkenaan hanyalah sekadar gurauan, manakala lelaki tua itu ialah bapa kandungnya iaitu Raissuddin Hamzah.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video di hujung artikel

” Kalau nak tahu lelaki ini adalah Raissuddin Hamzah. Dia bapa kandung saya, kami hanya bergurau. Dari video ini sebenarnya apa yang kita lihat dia sangat sporting melayan karenah anak-anak yang suka bergurau.

” Tapi nak dijadikan cerita ada pihak yang kata saya biadap sebab tak beli barang pakcik ini,” ujarnya di Instagram.

Bagi menjernihkan keadaan, Siti Sarah mengulas tentang video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu yang telah disalah anggap oleh netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kesetiaan ini dikatakan bersikap biadap kerana tidak membeli barang-barang yang dijual oleh lelaki berkenaan.

Beliau turut menasihatkan agar netizen mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak meninggalkan komen negatif.

“ Sebenarnya dia bapa saya, kami hanya bergurau!” – Siti Sarah kesal dituduh biadap

” Saya hairan kenapa la suka sangat nak keji caci orang tanpa usul periksa. Semoga Allah permudahkan hidup kalian amin,” ujarnya.

Namun, menjawab komen salah seorang pengikutnya, Sarah berkata, dia berasa sedih dengan komen negatif netizen sehingga terfikir untuk menutup akaun tersebut.

Kesian Siti Sarah bila dikecam oleh netizen. Mereka dengan pantas memberi teguran pedas kepada Siti Sarah selepas beliau memuat naik video tersebut. Adakah ini salah Siti Sarah atau netizen terlalu cepat menghukum. Semoga Siti Sarah bersabar dengan apa yang terjadi dan anggap je ini semua dugaan hari raya.

Berikut adalah kapsyen penuh penjelasan beliau di Instagram beliau;

” Lelaki ini @raissuddin_hamzah ! Die adalah bapak kandung saya! Kami hanya bergurau .. dari video ni sebenarnya apa yg kita boleh tengok die sangat sporting.. melayan kerenah anak2 yg suke nak begurau… nak dijadikan cerita ..ada pihak yg kurang bijak megatakan saya biadap! sebab tak beli barang pakcik ni! Nak beli apanya die beli untuk diri die sendiri kami cuma bergurau.. kenapa la suke sangat nak keji caci org tampa usul periksa! ! Moga Allah permudahkan hidup kalian amin..”

Jom lihat video penuh di bawah

Baca apa komen netizen di bawah;

” Sy dgn ayah pon bergurau mcm ni selalu…;) ayah kamu sporting!..”
” I ulang2 tengok, part ‘hang try ne’ tak give up..”
” Hadoiii la lawak la korg 1 family ni!..”
” Macam bapa saya suka bergurau macam ni…”
” Sy pun slalu bergurauuu dgn ayah sy mcm nie.. ayah sy mmg akan layan ank2 dia mgaruttt utk gurauu sendaa.. gurau2 mcm nie adalah memory terindah ayah & anak..”
” Rindu kat abah sy kat penang..kami pon suka bgurau mcm ni…sape yg suka bergurau ngan bapa dia lagu ni je yg paham sarah…tp masa kecik2 susah nak bgurau lagu ni…memang kena tibai..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: mstar online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *