Dia Cantik Seperti Puteri Dan Hulurkan Sekuntum Bunga Untuk Saya, Kata Stanley Yang Ditemui Dari Tersesat Digunung. Ini Pula Penjelasan Keluarganya Yang Mengejutkan

Baru-baru ini kisah Stanley Kho, 22, yang sesat dan dikatakan berjumpa dengan ‘wanita cantik’ sehingga membawa kepada kehilangannya selama tujuh hari di Gunung Singai, Bau, semalam, disifatkan sebagai perkara mengarut dan tidak masuk akal.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali menjelaskan, laporan mendakwa Stanley berjumpa wanita cantik tersebut tidak pernah diceritakan kepada mana-mana pihak, termasuk media.

“ Setahu saya Stanley tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu yang menggambarkan dia mengikuti seorang ‘wanita cantik’ di gunung berkenaan. Saya tidak pasti daripada sumber mana mereka perolehi maklumat tesebut.

“ Saya jelaskan cerita berkenaan tidak benar sama sekali,” ujarnya kepada NSTP, hari ini. Dalam laporan sebuah portal berita tempatan, Stanley dikatakan mengikuti seorang wanita cantik selepas wanita tersebut menghulurkan sekuntum bunga.

Bagaimanapun ahli keluarga mangsa ketika mengulas lanjut berkata, mereka sekeluarga sangat menghargai penat lelah pasukan mencari dan menyelamat sehingga Stanley selamat ditemui.

“ Apabila semuanya sudah kembali baik, kami sekeluarga mahu menjemput semua pihak yang terbabit dalam operasi terbabit ke majlis makan tengah hari sebagai tanda terima kasih,” katanya.

Terdahulu Stanley ditemui selamat, namun berkeadaan lemah di gaung berbatu di kaki gunung terbabit, pada jam 8.30 pagi, semalam. Operasi SAR yang dilancarkan sejak Isnin lalu membabitkan hampir 300 anggota pelbagai agensi penyelamat selain penduduk kampung serta persatuan pendaki.

Sementara selasa lalu, mangsa menghantar kedudukan lokasinya disertai dengan video berdurasi empat saat, sebaik  dilaporkan hilang pada Isnin. Bagaimanapun, selepas dipadankan dengan peta sebenar, lokasi dihantar menerusi WeChat itu tersasar dari luar kawasan gunung tersebut iaitu di Kampung Tanjung Poting.

Manakala menurut laporan lain selepas hampir seminggu, pendaki yang hilang ketika mendaki Gunung Singai, Bau, Isnin lalu, ditemui selamat hari ini. Pendaki terbabit Stanley Kho, 22, ditemukan dalam keadaan lemah di dalam gaung berbatu di kaki gunung berkenaan.

Dalam pada itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii memberitahu, mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 8.30 pagi.

“ Untuk makluman mangsa yang dalam keadaan amat lemah kini sudah dibawa keluar dan diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” ujarnya.

Sejak isnin lalu operasi SAR yang dilancarkan yang membabitkan hampir 300 anggota pelbagai agensi selain dibantu penduduk kampung dan persatuan pendaki. Dikatakan mangsa hilang selepas mendaki gunung itu bersendirian, pada jam 8 pagi Isnin lalu dan laporan mengenainya diterima pihak berkuasa, pada 4.35 hari sama.

Sementara kehilangan Stanley disedari tiga rakannya yang menemui keretanya diletakkan di kaki gunung tersebut. Kemudian pada selasa lalu, mangsa menghantar kedudukan lokasinya disertai dengan video berdurasi empat saat.

Namun begitu, selepas dipadankan dengan peta sebenar, lokasi yang dihantar menerusi aplikasi WeChat tersebut tersasar di luar kawasan gunung berkenaan iaitu di Kampung Tanjung Poting. Kemudian pada petang itu pasukan SAR menemui petunjuk baharu apabila kesan tapak kasut selain pucuk rebung yang dipatahkan ditemui di lokasi pencarian.

Terdahulu tular berkenaan kisah Stanley yang sesat yang dikatakan disapa oleh ‘seorang puteri’. Menurut sumber yang pada awalnya memberitahu perkara tersebut namun dinafikan oleh ahli keluarga Stanley yang mengatakan perkara itu mengarut.

“ Wanita itu cantik seperti puteri dan sempat menghulurkan sekuntum bunga pada saya,” jelas pendaki, Stanley Kho, 22, sejurus ditemui pasukan penyelamat selepas tujuh hari dilaporkan hilang di Gunung Singai, di Bau.

Dan seperti diceritakan kepada anggota penyelamat, mangsa memberitahu terserempak dengan gadis itu ketika memulakan pendakiannya dan terus mengikutinya kerana terpegun dengan kecantikannya.

“ Kemudian mangsa memberitahu ada mendengar suara pasukan penyelamat dan penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesannya.

“ Walau bagaimanapun, mulut mangsa seolah-olah ‘terkunci’ sepanjang tempoh kehilangannya dan tidak dapat menyahut panggilan pasukan penyelamat,” ujarnya. Stanley ditemui selamat, jam 8.10 pagi. Namun, dia dalam keadaan lemah dan kebingungan.

Sewaktu ditemui, mangsa yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju, selain mengalami kecederaan pada kaki dan tangannya ditemui di kawasan curam di sebelah kanan kaki gunung tersebut. Malah, mangsa juga  memberitahu anggota penyelamat, dia dijaga dengan baik oleh gadis terbabit sepanjang tempoh sesat di kawasan gunung berkenaan, yang cukup popular dalam kalangan pendaki.

Sementara operasi SAR yang dilancarkan sejak Isnin lalu membabitkan hampir 300 anggota pelbagai agensi penyelamat selain dibantu penduduk kampung dan persatuan pendaki. Mangsa dilaporkan hilang selepas mendaki gunung tersebut bersendirian, pada jam 8 pagi Isnin lalu dan laporan mengenainya dibuat pada 4.35 petang hari sama.

Dikatakan kehilangan Stanley disedari tiga rakannya yang menemui keretanya diletakkan di kaki gunung terbabit.

Sementara selasa lalu, mangsa menghantar kedudukan lokasinya disertai dengan video berdurasi empat saat, bagaimanapun selepas dipadankan dengan peta sebenar, lokasi dihantar menerusi aplikasi WeChat itu tersasar di luar kawasan gunung tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *