Datuk Siti Tunjuk Skill Free Kick, Jangan Tak Percaya Ye Datuk K

Siapa yang mengikuti perkembangan Datuk Seri Siti Nurhaliza tentunya mengetahui beliau cukup aktif terbabit dalam pelbagai acara sukan di zaman persekolahannya.

Wlaupun masa sudah berlalu, tetapi kalau sudah namanya bakat, ia tidak akan hilang ditelan masa. Tadi satu video yang dimuat naik Siti ke akaun Instagramnya, membuktikan perkara itu dan membuka mata peminat.

Vide0 itu yang diambil di sebuah ruang aktiviti hiburan di Bollywood Park, Dubai, di mana Siti, sambil mendukung anaknya, Siti Aafiyah, menendang bola tepat ke sasaran.

Video itu sudah ditonton lebih 500,000 kali, dan ruangan komen dipenuhi pujian peminat yang kagum dengan kebolehan Siti.

Wow..hebat datuk ct

Posted by Berbual Sambal on Saturday, 29 December 2018

Agak menggelikan hati apabila ada peminat yang meletakkan tag nama pemain bola sepak tempatan, seperti Zaquan Adha. Manakala rakan artis seperti Hael Hussaini dan Faizal Tahir juga tidak ketinggalan memberi pujian.

“Tak pernah tahu pun ada bakat main bola,” tulis Faizal yang turut meletakkan hashtag #YNWA yang merujuk kepada kemenangan pasukan Liverpool keatas Arsenal awal pagi tadi.

Jom lihat usikan rakan-rakan artis dan peminat Datik Siti di insta beliau :

LubokViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *