DATO LEE CHONG WEI UMUM SESUATU UNTUK PEMINAT BADMINTON NEGARA SEBENTAR TADI

Teka teki mengenai masa hadapan Dato Lee Chong Wei dalam sukan badminton terjawab di dalam sidang media tergembar beliau sebentar tadi yang mana tidak akan bersara dan berkemungkinan akan melangkah kembali ke gelanggang pada bulan Disember hadapan jika kesihatan beliau semakin baik.

Sidang media yang diadakan pada jam 2.15pm adalah yang pertama bagi Dato Lee Chong Wei selepas negara dikejutkan tentang penyakit yang beliau hadapi. Kelihatan beliau sedikit kurus berbanding keadaan beliau sebelum ini.

Dato Lee Chong Wei juga sempat berkongsi perasaan beliau semasa menjalani rawatan kanser di Taiwan. Apa yang sedikit menggusarkan beliau adalah berat badan beliau susut lebih kurang 5 kilogram semasa rawatan tersebut. Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada seluruh keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada beliau yang tidak putus-putus.

Untuk maklumat, Dato Lee Chong Wei telah disahkan hadapi kanser hidung sejak dari September 2018 tetapi berada pada tahap yang awal. Dan sejak dari itu, beliau tidak terlibat dalam sebarang kejohanan.

Semoga kesihatan Dato Lee Chong Wei semakin bertanbah baik dan dapat memberikan sumbangan lagi untuk negara. Kami para peminat akan sentiasa berada di belakang Dato.

Sumber : media kepoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *