Datang Acah-Acah Macam Pomen, Tapi Sebenarnya Nak Ambil Kesempatan

Zaman sekarang ni ramai betul kaki kencing. Kita yang hidup dalam zaman serba mencabar ni haruslah sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa kepada mereka yang suka mengambil kesempatan.

Pada yang mempunyai pengalaman, medium media sosial menjadi ruangan perkongsian yang sangat membantu agar kita tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Menerusi satu perkongsian oleh Abdul Halim, baru-baru ini beliau telah menjadi mangsa kepada kaki kencing yang menyasarkan pemilik kenderaan sebagai modus operandi kegiatan tidak bertanghungjawabnya.

Ikuti perkongsiannya agar menjadi pedoman kepada mereka yang berkunjung ke Ulu Yam.

Ini ciapan yang sangat panjang dan perlu berhati-hati selepas membacanya!

Hari ni aku sekeluarga pergi beriadah bersama keluarga Abang ipar ke Taman Eko Rimba, Sungai Tua, Ulu Yam. Kami menaiki kereta berasingan.

Selepas selesai mandi manda lewat tengah hari kami bergerak pulang melalui arah jalan berlainan. Baru beberapa kilometer jalan balik tiba-tiba ‘temperature’ kereta naik mendadak. Aku berhenti tengok radiotar air kering kontang. Isi-isi air tak juga penuh. Ada bocor di bawah.

Tak sampai 5 minit tiba-tiba datang seorang lelaki bermotorsikal tanyakan keadaan keretaku. “Bagusnya panas-panas macam ni ada orang datang nak Bantu”, kataku.

“Bang radiotor bocor ni skru nya hilang ni. Abang tunggu sekejap saya pergi bengkel ambil skru. 10 minit lagi sy sampai”, katanya. Bagusnya lah dia ni.

Sementara dia ke bengkel, Abang ipar telefon bagi tahu kereta dia rosak juga temperature naik. Skru hilang. Ah sudah fenomena apa yang berlaku ni.

Pomen tadi pun tiba semula tapi dia kata skru baru tiada hanya yg second hand yang ada. Siap tanya abang pakai model Kereta apa.

Aku dah mula sangsi. Sambil dia pasang aku macam ada bau scammer jadi aku tangkaplah gambar untuk simpan sebagai kenangan di hari tua.

Lepas siap pasang aku tanya berapa harga. Ikut Abang lah nak bagi berapa. Aku cakap RM10 boleh? Tak boleh lah bang. RM30 lah bang. Minta diskaun pun tetap suruh bayar harga tu. Malas panjang cerita aku bagi jelah. Rezeki dia kerja hari cuti ni.

Aku hubungi Abang iparku semula. Aku tanya ada tak orang datang naik motor Honda merah lagak seperti seorang Pomen. Ada katanya. Dia sedang pergi bengkel ambil skru. Fuh modus operandi yang sama. Hebat Pomen scam ni.

Abang iparku cakap mula sebelum pasang dia nak caj RM65. Kegilaan apakah ini. Buat tak layan dia patah balik minta punya minta dia bagi RM20 tapi kena pasang sendiri. Sekali dia bagi skru sebiji macam skru yg sama. Ada calar-calar sikit. Sekian cerita kami yang ditipu hujung minggu.

Oleh itu bagi mereka yang ingin beriadah di sekitar air terjun Ulu Yam atau di mana sahaja pastikan keadaan kereta anda sebelum dan selepas meletakkan Kereta. Bawa skru radiator lebih.

Bagi pihak pengusaha kawasan air terjun mungkin boleh ditambah baik ciri keselamatan di kawasan letak Kereta, cafe atau tandas dengan memasang CCTV.

Ada ke yang pernah mengalami fenomena pelik seperti ini? Cuba kongsi sikit pengalaman anda.

Moga kita semua lebih berhati-hati selepas ini.

Pesanan ikhlas daripada
Budak gemok kena scam tak kurus-kurus

Menerusi perkongsian Abdul Hakim, rata-rata pembaca mengecm tindakan pomen tersebut.

Jika ada orang Ulu Yam disini tolong nasihatkan mamat kaki kencing tersebut. Bagitahu sekali yang dia dah glemer..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*