Dania Danielle Berang Orang Melabel Artis Sendu

Setelah kenyataan tidak rasmi Dato Seri Vida di media sosial memanggil artis lama yang satu ketika dulu berada di puncak kegemilangan dan kini sudah tidak ada job sebagai Sendu, telah membuatkan ramai barisan artis yang menyelar tindakan Dato Seri Vida sebagai tidak wajar. Selain Damien Mikhael, Que Haidar dan lain-lain, Datin Diana Daniele juga baru-baru ini telah menaikkan status begini.

Video Penuh Dibawah:

Yang sebenarnya sendu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, Muah sana sini, dengan kontroversi ntah apa-apa, semua jadi bidang terjun, nak menyanyi, nak host, nak berlakon, semata-mata sebab nak jual produk sendu ! Ada hati nak panggil orang sendu. Tanpa program-program anda sendiri tercari-cari nak sponsor pun, anda nak promote produk mu di mana. kenapa tak promote dekat awani ke RTM on 2 ? Kenapa perlu gunakan artis-artis yang mu cakap  sendu dingin tu?  A pot calling a kettle back.

Semalam bertempat di One World Hotel, satu Sidang Media telah dibuat berikutan kes tindakan Mahkamah oleh penyanyi Aishah kepada DSV, DSV berpesan agar artis lain mahupun Aishah agar tidak melatah kerana perkataan Sendu itu dan menyalah tafsir kerana beliau juga peminat tegar Aishah serta penyanyi lagu-lagu lama. “Bukan niat beliau untuk mengejek tapi itu adalah bahasa yang trending, seperti membawang, kunyit tapi bukanlah niat beliau nak mengejek, hanya ingin memanggil dengan perkataan yang lebih trending, tak sangka pulak ramai yang terasa dan sentap”, kata beliau.

Mungkin ada bahasa lain yang labih sesuai rasanya untuk DSV pakai apabila memanggil artis-artis lama ye Dato Seri

Video Penuh

Seterusnya,“Menggedik jual produk gunakan bidang seni” – Que Haidar ‘Sound’ DSV Untuk Hormat Lagenda Aishah
“Sebenarnya Aisyah antara penyanyi yg mempunyai ‘class’ yg tersendiri dlm GV.. dan secara tak langsung menambahkan ‘class’ utk rancangan tersebut.. Utk sesiapa yg cuba nak menumpang rezeki dalam bidang seni (nak menggedik jual produk dan guna kan bidang seni utk itu) please show some respect, especially pada anak2 seni yg dah lama dlm industry!”

Gambar yang dimuat naik melalui laman Instagram miliknya memaparkan foto keratan akhbar terhadap kenyataan Dato’ Seri Vida terhadap isu yang melanda dirinya.

Baru-baru ini, DSV ditermurah oleh akhbar tempatan dan menzahirkan rasa terkilan apabila ada pihak mendakwa beliau sengaja membuli artis dan menegaskan bahawa niatnya adalah untuk membantu artis sendu.

Disamping itu, DSV menegaskan memberitahu tujuannya menaja program tersebut adalah untuk menaikkan artis lama kembali bergiat aktif dan sekaligus memajukan perniagaannya.

Terpanggil dengan kenyataan tersebut, Que Haidar membidas semula kenyataan DSV yang dianggap melampau kerana Aishah bukanlah calang-calang artis. Que Haidar juga menasihati  DSV agar hormat orang-orang lama dalam industri hiburan jika ingin menumpang meningkatkan hasil jualan produknya itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih lubokviral

sumber: mediayours / sembangkenchangtoq / kakihavoc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *