Dah Lama Tak Tengok Kak Ogy Melenting

Rupa paras seseorang adalah anugerah illahi yang sepatutnya disyukuri oleh setiap insan. Rupa manusia adalah sangat unik, berbeza dan lain daripada manusia yang lain. Rupa manusia janganlah diperlekeh janganlah gelakkan dan janganlah disindir sindir. Ingat semuanya bukan milik kita ia sekadar pinjaman sahaja.

Ada yang kacak, cantik dan manis serta sejuk sahaja apabila dipandang. Ada juga yang kurang kacak, kurang lawa dan tidak manis ataupun masam sahaja apabila bersua muka. Semuanya adalah pinjaman sementara.

Menjadi isu panas di laman maya adalah apabila seorang producer yang memikul tanggungjawab sebagai salah seorang juri bagi sesi uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019. Beliau adalah penerbit terkenal A.Aida berkata setiap peserta yang hadir harus mempunyai pakej lengkap dan menarik. Bakat itu boleh digilap tetapi rupa juga amat penting. Perggghhhh memang menusuk kata katanya.

Menurutnya, kalau ada bakat tetapi tiada rupa mungkin mereka boleh cuba untuk menjadi pelawak dengan menghadiri uji bakat program seperti Bintang Mencari Bintang. Pelawak kita semua tak hensem ke???

A Aida dengan berani menambah… Sepatutnya peserta harus cermin diri mereka terlebih dahulu dan jangan terlalu yakin dengan rupa paras mereka. Kalau kita minta dia cermin muka dia pulak boleh tak???

Kata kata A Aida ini membuatkan Kak Ogy melenting dan menganggap A Aida seorang yang biadap. Netizen menambah patutlah makin berlonggok pelakon kayu kat Malaysia ni. Producer lebih pentingkan rupa daripada bakat, sebab tula la pelakon hebat macam amerul afendi slalu kena reject dgn stesen tv3.

 

Netizen ada juga yang komen pelakon macam Namron tu patut dicontohi kerana lakonan dia terbaik dan hebat. Tak kurang yang menambah Namron, Zahiril Adzim, Beto Kushairy, Amerul Afendi, Jay Iswazir semua pelakon hebat.

Masalahnya masih ada yang sokong kenyataan A Aida, siap cakap kalau rupa cam haram dia pun tak ada selera nak layan drama kat tv but tak perlulah hensem sampai zul ariffin tapi jangan ah barai sangat. memang dasar memilih dia ni. Komen dia nie siap kena sound balas semula… lazernya mulut makcik.. Abis tu Datin Rosmah walau tak cantik mampu je jd artis duet dengan artis mawi. Hahaha dengan Datin Rosmah pun terpalit sekali… adooooiiiiii

Bila Kak Ogy bersuara ramai yang buka matakan. Kak Ogy jemput juga siapa yang berbakat masuk program Spotlight. Program Sportlight tak tengok rupa, tak tengok size badan, asalkan dia berbakat. Kepada yang berbakat jangan lepasakan peluang ye. Kak Ogy ada juga memuat naik banner Samuel Tiada Rupa yang menunjukkan bahawa bakat lebih utama daripada rupa.

Adakah program DFKL pada kali ini akan kurang mendapat sambutan kerana jurinya hanya nak yang mempunyai rupa sahaja. Tunggu dan lihat je la ye. Harap yang diutamakan adalah bakat, rupa dilihat no 2 kerana jika tiada bakat memang kayu lah lakonannya.

Siapa setuju sila komen sikit kat bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *