CT, Nabilah Razali, Hans, Rozita dan Fatah adalah di antara rakan artis yang menyelar penampilan terbaru Kaka Azraff

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi wanita terkenal negara ini. Beliau yang merupakan anak saudara kepada Ratu Rock negara, Ella bukan hanya sekadar menumpang populariti ibu saudaranya tetapi berjaya di dalam bidang seni di atas bakatnya sendiri.

Mula diperkenalkan ke arena seni hiburan tanah air melalui lagu Bawaku Pergi nyanyian beliau bersama Zizan Razak. Lagu hasil ciptaan lagenda Hip Hop negara, Malique itu telah mencetuskan perdeebatan berkaitan liriknya yang dianggap oleh sesetengah pihak agak keterlaluan dan tidak bersesuaian dengan budaya di negara kita yang ketimuran.

Namun begitu, ia tetap mendapat tempat di hati peminat dan menjadi siulan anak muda yang menggemarinya.

Sejak dari itu, beliau semakin mengorak langkah dan melebarkan sayapnya bagi mewarnai seni hiburan tanah air.

Tidak cukup sekadar menceburi bidang nyanyian, Kaka juga berjinak jinak dengan bidang lakonan dan pengacaraan. Banyak juga filem dan drama hebat yang dibintang beliau seperti Aliff Dalam 7 Dimensi yang bergandingan bersama Izzue, Aliff Satar dan rakan baiknya Juliana Evans.

Mungkin kerana ingin dikenali dan mudah untuk diingati oleh peminat, Kaka seringkali kelihatan menggayakan fesyen pakaian yang lain daripada yang lain.

Al maklum la. Kalau dah namanya artis dan selebriti tu, pastinya mereka akan menjadi perhatian dan sasarran mudah untuk dijadikan topik perbincangan.

Walaupun telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Adam Azriff pada Disember 2018, Kaka tetap meneruskan kerjaya beliau dalam bidang seni dan kekal berpenampilan yang segar seperti biasa.

Baru baru ini Kaka Azraf tampil di laman sosial dengan menggayakan fesyennya yang terkini. Mungkin sempena nak sambut hari raya Aidilfitri kot.

Namun begitu, fesyen yang digayakan oleh beliau itu mendapat pelbagai reaksi termasuklah dari rakan artis seperti di bawah.

Antara rakan artis yang menyellar gaya fesyen terkini Kaka itu adalah, CT, Nabilah Razali, Hans, Rozita pdan Fatah. Semua tu rakan artis yang popular tu.


Hmmm.. macam macam kan? Sama sama artis pun nak mengata satu sama lain. Cuba la bersangka baik dan saling menyokong antara satu sama lain. Baru la industri seni tanah air kita boleh berkembang.

Takpe la Kaka. Nak buat camne kan. Mulut orang ni kita tak boleh nak tutup kan?

Tapi Kaka ni agak kekwat jugak sebenarnya. Wakil admin cuba menghubungi beliau dan ini responnya.

Admin taknak komen lebih lebih. Bak tajuk lagu awak jugak, admin cuma nak ucapkan Terima Kasih dan Bukan Hal Aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *