Comel Tahap Maksimum. Video Datuk Siti Tidurkan Aafiyah Buat Netizen Terpesona

Pada awal tahun ini, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah menepati janjinya dengan berkongsi foto dan video memaparkan wajah penuh puteri kesayangan mereka melalui Instagram, genap tujuh hari kelahirannya.

Lebih menarik apabila klip video Comel Pipi Merah dimuat naik kira-kira sejam lalu manakala foto Siti Aafiyah, nama yang diberikan oleh pasangan itu, dikongsi tanpa henti oleh media. Sehingga jam 8 malam tersebut, klip video berkenaan mendapat lebih 600,000 ‘likes’ manakala foto si comel mengenakan gaun berwarna hijau, meraih lebih ‘200,000’ ‘likes’ pengikut laman sosial penyanyi Cindai itu.

Melalui perkongsian kedua-dua entri itu dihujani komen peminat termasuk rakan artis yang rata-rata memuji wajah comel anak sulung pasangan itu. “Inilah penyejuk hati, anugerah Ilahi… Anakanda yang melengkapkan kehidupan kami,” luah Siti pada statusnya.

Selepas lebih kurang sejam kemudian, Siti dan Khalid telah mengumumkan nama sebenar puteri kesayangan mereka melalui majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, di sini.

Dalam masa sama, majlis itu buat pertama kalinya, wajah bayi yang ketika dilahirkan seberat 3.55 kilogram, akan dikongsi secara langsung. Majlis itu akan disiarkan secara langsung di akaun rasmi YouTube iaitu SitiOfficialVideo pada jam 9 malam ini. Detik bersejarah itu juga akan dikongsi di platform digital BH Online.

Terdahulu, Siti telah selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara, secara pembedahan. Berita kelahiran puteri sulung penyanyi itu pantas tular apatah lagi detik indah itu dinanti-nantikan Siti dan peminatnya sejak 11 tahun lalu.

Sejak itu, anak Siti mulai dihujani tumpuan media dan peminat beliau yang sentiasa mengunjungi akaun peribadi beliau bagi melihat telah comel Aafiyah.

Terbaru Siti telah memuat naik video beliau sedang mendodoi bayi comelnya itu tidur. Sungguh comel sekali dan baik sahaja Aafiyah tidak merengek sikit pun. Selang beberapa saat Aafiyah yang sedang menghidap puting tertidur di pangkuan Siti. Comel sangat!

Rata-rata netizen memberikan komen positif dan memuji cara Datuk Siti bercakap dengan anaknya itu. Wajah comel Aafiyah juga telah membuat netizen berasa geramĀ  dan terhibur dengan telatahnya itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: IG ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *