Comel Je Uqasha Cuba Pujuk Roti Menangis

Untung la kan, kalau dah berwajah cantik ni. Artis pulak tu. Apa saja cerita berkenaan mereka pastinya menarik minat orang untuk ambil tahu.

Memang besar pengaruh artis atau selebriti ni sebenarnya. Dah hampir sama dengan pengaruh ahli politik kan?

Artis wanita ini yang dilahirkan di ibu negeri Cik Siti Wan Kembang sememangnya terkenal dengan kecantikkan beliau. Ada yang kata tak cantik ke?

Dilahirkan dalam keluarga kacukan , raut wajahnya bukan saja menjadi idaman lelaki bahkan juga dipuja oleh wanita. Kalau kita tengok, adik beradik beliau memang comel lotei belako. Maklum la, anak kacukan. Mesti cantik molek gebu gebas.

Tidak sunyi dari kontrooversi, Uqasha Senrose seringkali bijak mencuri tumpuan peminat. Ada saja perkara yang dibuat bagi memastikan popularitinya masih menambat hati peminat.

Daripada kisah pencintaan yang tak kesampaian ke jinjang pelamin bersama Pekin Ibrahim, pernah ditahan pihak penguatkuasa atas kesalahan memiliki dada, sehinggalah berhijab dan kemudian kembali free hair.

Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen agak lewat menghiasi dunia seni hiburan tanah air jika dibandingkan dengan adiknya Nelydia Senrose dan sepupu mereka, Emma Maembong.

Beliau mula dikenali menerusi watak Melati dan filem Paku Pontianak pada 2013. Sejak dari itu gadis jelita ini sering menjadi pilihan pengarah dan penerbit.

Nak kata pandai berlakon sangat tu pada pendapat admin biasa saja. Tapi mungkin kerana kecantikkan gadis yang ala ala minah Asia Timur ini yang mampu menarik penonton dijadikan sebagai faktor utama mengapa beliau dipilih untuk menghiasi drama dan filem Melayu.

Terkini, beliau melakonkan watak sebagai Syasya dalam sitkom terkenal yang diberi nafas baru, Spanar Jaya X. Tinggi jugak rating drama tu. Admin pun suka tengok buah hati admin ni kat dalam drama tu. Mantoppp.

Dah penat berlakon tu kena la isi perut kan? Baru baru ini Uqasha memuat naik videeo di laman instagram beliau.

Dalam videeo tersebut beliau didapati sedang menjamu selera di sebuah kedai mamak. Banyak jugak makanan yang dipesannya. Dah le ada bihun goreng, tambah lagi dengan roti. Kuat betul makan. Tak takut gemuk ke? Hihi..

Dalam pada beliau sedang menjamah roti tersebut ada pula peminat yang perasan satu benda ni.

Jika sebelum ini beliau terkenal dengan aksi menyuap makanan dengan menggunakan tangan kiri, kali ni Uqasha dikatakan sedang mengelap air mata roti. Air mata roti? Biar betul. Macam mana le tu agaknya. Jom tengok videeo ni.

Hahaha.. macam2 kan peminat ni. Sampai ke situ pula difikirnya.  Biasa la tu lap roti yang berminyak. Kasi kurang sikit kalori tu. Takkan la korang tak penah buat kannn.

Makcik dan pakcik bawang, apa lagi? Mulakan tugas korang. Serranggggg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *