Cipta Sejarah, 98 Pelajar Sekolah Ini Dapat 11A Dalam PT3, Manakala Yang Lain Paling Kurang 4A

Maahad Muhammadi Lelaki di Kota Baharu mencatatkan kejayaan cemerlang apabila 98 orang pelajar berjaya mendapat 11A pada peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Ustaz Kamarjan Abdul Rahman yang juga pengetua sekolah berkenaan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 52.41 peratus dibandingkan tahun lalu 26.91 peratus.

Katanya lagi, seramai 187 orang pelajar menduduki peperiksaan tersebut tahun ini.

“Selain itu seramai 24 pelajar mendapat keputusan 10A, 9A (21 orang), 8A (13 orang), 7A (14 orang), 6A (12 orang), 5A (dua) dan 4A (tiga),” katanya di sini.

Menurut beliau pencapaian tersebut hasil kerjasama guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) selain kesedaran pelajar untuk mencapai kejayaan cemerlang.

Manakala Maahad Muhammadi Pasir Pekan Tumpat seramai lima pelajar memperolehi 11A, 10A (14 orang) dan 9A (13 orang), 8A (20 orang), 6A (23 orang) dan 5A (31 orang).

Pengetuanya Pahruddin Karimi Mohamed berkata, dengan pencapaian itu maahad berkenaan memperolehi gred purata 1.84 berbanding 1.92 tahun lepas.

“Sekolah berkenaan mencipta sejarah apabila memperolehi keputusan 100 peratus tahun ini,” katanya. Sumber : Harakah Daily 13/12/2018


KEPUTUSAN PT3 2018 MML

Alhamdulillah…seramai 98 daripada 187 calon PT3 pelajar putra Maahad Muhammadi Lelaki memperoleh keputusan cemerlang 11A pagi tadi, sekali lagi mencatatkan sejarah peningkatan buat sekolah yang bersejarah ini di Kelantan.Tahniah kami ucapkan kepada seluruh pelajar dan warga guru diatas pencapaian dan kejayaan tahun ini.

MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG

Sumber satujohor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *