Cerita Sebenar Yang Dapat Lelaki Ini Dedahkan Apabila Wanita Muslimah Datang Bersihkan Tapak Perkuburan Ini

Ini kisah yang terjadi di Kuching Sarawak, dimana sebuah keluarga muslim dilihat telah melawat satu tapak perkuburaan krisstian bersempena dengan hari All Soul Day.

Dengan perbezaan agama, ia tidak menghalang keluarga muslim itu untuk hadir ke perkuburan penganut beragama kristian dan dia sempat membersihkan pusara mendiang nenek mereka seperti yang dikongsikan oleh Cikgu Emmet Menulis di laman medai sosianya facebook.

PerBezaan Agama tidak halang kasih terhadap ibu yang telah pun pergi.

Hari ini 2hb November..dalam perjalanan ke bandaraya Kuching melalui jalan penrissen agak luarbiasa sesaknya. Lebih-lebih lagi bila melalui kawasan perkuburan penganut kristian, terdapat banyak kereta parkir di sisi jalan. Rupanya pagi ini ialah merupakan hari All Soul Day iaitu hari dimana ramai sanak saudara datang untuk menziarahi pusara orangorang tersayang yang telah pergi buat selama lamanya.

Hari ini merupakan hari dimana penganut kristian akan membersihkan pusara ibu atau bapa serta saudara mara yang telah tiada disamping menukar bunga dijambangan. Namun dalam puluhan orang yang berada di kawasan perkuburan kelihatan juga kelibat beberapa orang yang memakai baju kurung serta bertudung.

Ternyata kelihatan mereka adalah merupakan perempuan yang beragama islam. Disitu,mereka turut membersihkan perkuburan. Salah seorang daripadanya ialah guru SMK Padawan. Cikgu Dayang Rafidah bt Awang Osman. Pagi ini beliau telah bersama ibu dan ibu saudaranya yang beragama Islam turut membersihkan kubur mendiang neneknya yang telah lama pergi. Meskipun agak janggal dilihat, namun mereka adalah dari keluarga Muslim akan tetapi kehadiran mereka disambut sapaan dan senyuman dari pengunjung yang lain.

Menurut cikgu Dayang Rafidah..walaupun neneknya bukan beragama Islam dan ibunya pula adalah seorang mualaf, ia tetap tidak memutuskan rasa kasih dan sayang walaupun nenek (ibu kepada ibu Dayang Rafidah) telah pun mening gal dunia. Rasa amat sayang terhadap neneknya terus diterjemahkan dengan menyantuni pusara mereka.

Hakikatnya di negeri Sarawak dan juga Sabah khasnya dan di seluruh Malaysia amnya masih terdapat nilai hormat menghormati yang boleh dicontohi. Bumi Allah ini untuk dikongsikan bersama.. Perbezaan kaum pun untuk saling kenal mengenali dan kepercayaan agama adalah untuk membimbing rohani seseorang itu agar berupaya menjadikan kita manusia yang baik dan budi berperkerti yang tinggi.

Bukan itu sahaja dilihat, malah netizen turut berkongsi kisah masing-masing yang hampir serupa seperti diceritakan Cikgu Emmet di lama media sosialnya facebook.

Semua ini bergantung pada niat asal individu, yang paling penting adalah rasa dan tanda hormat pada ibu bapa, walaupun mereka dari berlainan agama.

Namun masih ramai yang beranggapan seseorang itu akan kehilangan identiti budayanya selepas dia memeluk Islam.

“ Ahli keluarga saya mengambil masa agak lama untuk menerima hakikat yang saya telah menjadi Muslim. Namun selepas setahun, mereka mendapati saya masih seperti dahulu, cuma agama dan amalan saya sedikit berbeza. Saya masih kakak, adik dan anak mereka,” kata seorang mualaf.

Dah bacae tuu jgn lupa share kan yerr… terima kasih..

Sumber : Lobak Merah & Cikgu Emmet Menulis & Monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*