Benar ke Geg4rVag4nza punca suami Noryn Aziz failkan nusyuz

Penyanyi Noryn Aziz kini sedang menghadapi krisis rumah tangga. Namun Noryn menjelaskan emosinya masih stabil dan perkara ini tak akan mengganggu perjalanannya di pertandingan Gegar Vaganza musim kelima.

Jelas penyanyi berumur 41 tahun ini, dirinya sentiasa berfikiran positif dan memanjatkan rasa syukur kerana dikelilingi individu yang sentiasa memberi sokongan ketika dia melalui saat.

Ini penjelasan Noryn Aziz:

“Tipulah kalau kata tak rasa apa, cuma saya dah pesan pada diri untuk fokus dalam pertandingan itu dan tidak letakkan bebanan sepanjang masa, sedangkan saya boleh jadi lebih baik daripada termenung 24 jam yang mana masa itu tidak akan kembali lagi.

“Saya kena sentiasa berfikiran positif dan bina keyakinan diri. Sejujurnya, saya sangat bertuah dikelilingi orang yang sentiasa ada untuk memberi kata-kata semangat.

“Alhamdulillah, saya ada pengurus, ibu bapa dan peminat yang sentiasa memberi sokongan. Selama 20 tahun saya dalam industri, walaupun on off tapi mereka tetap di sisi”

Noryn berkata dia tak mahu mengulas lanjut mengenai kes tersebut kerana ia masih dalam proses mahkamah.

“Sebenarnya saya bukan tak nak cerita tapi tak boleh nak kongsi sebab masih dalam proses mahkamah dan peguam nasihat saya untuk tidak bercakap mengenai hal ini kerana bimbang saya tersilap kata.

“Buat masa ini saya tenang sahaja kerana saya pun tengah nak bina karier untuk teruskan hidup. Saya kena kuat. Kita tunggu keputusan yang akan dikeluarkan mahkamah nanti”

Sebelum ini, ada portal hiburan melaporkan bahawa Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya itu.

Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, pada bulan Julai lalu.

Bagaimanapun, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie, Norhakimah Awang pada 10 Oktober lalu.

Norhakimah kemudian menetapkan 18 Disember depan untuk perbicaraan kes berkenaan.

Noryn Aziz dan Raja Kamarul Bahrin berkahwin pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia empat tahun.

Kredit: PenMerahPress

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *