Belum Pun Reda Isu Dukung Elizabeth Tan, Zul Ariffin Dilihat Tweet Sesuatu Yang Sweet Kepada Lizzy Tan

Baru-baru ini gandingan Elizabeth Tan dan pelakon kacak Zul Ariffin dalam sebuah filem seram mengundang pelbagai gosip minggu lalu. Ada yang beranggapan mereka seakan pasangan kekasih apabila tularnya beberapa siri video mereka kelihatan sangat mesra antara satu sama lain.

Apa yang menarik perhatian, reaksi Lizzy yang jelas tersipu palu ketika bertentangan mata dengan Zul juga membuatkan beberapa pihak percaya ada “sesuatu” antara mereka. Mungkinkah bunga-bunga cinta sudah berputik?

Lizzy bagaimanapun menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa namun mengakui Zul seorang yang menyenangkan,

Malah Lizzy secara peribadi berpendapat Zul memang seorang lelaki yang menyenangkan. Saya memang agak malu-malu berlakon bersama tapi dia banyak membantu untuk melancarkan penghayatan watak yang diberikan. Satu lagi, personalitinya yang menawan itu membuat rasa kekok dalam diri saya.

Disoal tentang babak mesra Zul mendukungnya yang menerima kecaman netizen, Lizzy memberitahu beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon dan terima segala komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.

Dalam perkembangn lain pula, Zul Ariffin memberitahu baru-baru ini dia mungkin terpaksa berjumpa dengan pakar kiropraktik yang memfokus kan kepada masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas dia mendukung penyanyi Elizabeth Tan ketika berada di lokasi penggambaran drama Misteri Dilaila.

Menerusi InstaStory di Instagram, Zul 32, dalam mesejnya gurauannya kepada Elizabeth berkata, dia berkemungkinan perlu berjumpa dengan kiropraktik dua kali dalam seminggu akibat perkara itu. Zul dan Elizabeth Tan merupakn pelakon utama dalam Misteri Dilaila.

” Saya ucapkan terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung you, temu janji I dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?” tulisnya di InstaStory.

Dikatkn mesej itu dibuat Zul sebagai ucapan selamat tinggal kepada penyanyi lagu Knock Knock yang sudah menyelesaikan penggambaran drama itu.

Terdahulu, video memperlihatkan Zul mendukung Elizabeth tular di laman sosial sehingga mengundang kritikan netizen, tidak kurang juga yang menyarankan agar mereka menjadi pasangan kekasih memandangkan kedua-dua mereka belum berpunya.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang menyelar tindakan pelakon bertubuh sasa itu kerana menyifatkan perbuatannya tidak sopan. Meskipun menerima reaksi pelbagai, Zul menerusi mesej sama turut berharap dapat kembali bekerjasama dengan Elizabeth dan meminta penyanyi itu mengambilnya sebagai pelakon dalam muzik videonya nanti.

“Muzik video baru kalau tak panggil I siap!” tulisnya lagi.

Lihat video penuh di bawah
Jom baca apa komen netizen

” Amboi manjanya lizzy,main dukung2…”
” Kata sedih kat ibu … ni Pulak peluk peluk , pusing sana siNi ? Tak stim ke ripin..”
” Dorg tgh shooting tu.biasa ler namanya pun pelakon dh jadi periuk nasi dorg apa ler sgt nk di herankn..”
” Yg selalu untung zul……paling rugi “perempuan2″ sebegitu tp dah depa kata artis so lantaklah dah itu jalan pilihan ampa…”
” Dia angkat lizzy dgn siap2 pusing sana sini..dah macam bantal dah aku tgk si lizzy tu..hahahahha..aku selalu buat cmtu kt kucing aku je..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: beautifunara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *