Baru Sahaja Sihat Dah Terima Perkhabaran Tentang Pemergian Kedua Orang Tuanya

Sesiapa pun yang berada di tempat beliau pasti tidak akan dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang apabila sihat daripada kecederaan akibat daripada kemalangan yang sama.

Terutamanya orang itu adalah ibu, bapa dan makngah tersayang. Yang menambah lagi kepedihan, beliau juga yang memandu kereta tersebut pada hari kejadian.

Namun siapalah kita untuk melawan takdir Allah. Setiap ujian yang Allah bagi pasti tidak akan melebihi kemampuan kita. Pasti ada rahmat yang sangat besar di sebalik kejadian ini dan keluarga ini menerima pembelaan yang sewajarnya.

Buat adik, kami doakan Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk adik dan keluarga bangun semula daripada ujian ini. Bangunlah sayang. Kami sentiasa di belakang adik.

Perkongsian Cik Haslina Joes

Bukan mudah utk keluarga kami nak lalui semua nie….hari ke 7 kehilangan mak n abah…hari nie jugak adik baru tahu y dia kehilangan mak n abah…

Now org y melanggar tu rasa apa yer….adik kena kemurungan…dh mula salahkan dirinya tanpa henti….😭😭

Ya Allah kuatkan lah kami sekeluarga

Video Penuh

sumber empiremedianetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *