Bagilah ruang yang berkerusi roda naik dulu. Kau kan boleh jalan.

Sebuah gambar yang menunjukkan gerombolan orang berpusu-pusu menaiki lif stesen keretapi dikatakan telah mencetuskan kemarahan netizen. Dalam gambar tersebut juga, terdapat seorang lelaki kurang upaya yang berkerusi roda sedang beratur untuk menaiki lif tersebut. Kemarahan tersebut tercetus kerana lif yang digunakan oleh orang ramai itu merupakan lif yang dikhaskan bagi mereka yang kurang upaya dan ibu mengandung sahaja.

Dalam foto yang disiarkan semalam, dilihat seorang lelaki kurang upaya yang berkerusi roda sedang beratur menunggu giliran unutuk menaiki lif tersebut. Turut menyedihkan lagi, orang ramai yang berada di situ juga dikatakan tidak membantunya malahan berpusu-pusu menggunakan lif tersebut walaupun mereka tahu bahawa lif tersebut dikhususkan kepada golongan yang kurang bernasib baik sahaja.

“Tolong jangan buat begini, stesen itu mempunyai eskalator automatik. Saya tidak mengatakan anda tidak dibenarkan menggunakan lif tersebut, tetapi saya fikir mereka yang dibenarkan menaiki lif tersebut hanyalah orang yang kurang upaya dan warga tua serta mereka yang mengalami masalah kesihatan.” kata seorang pengguna Facebook.

Menurutnya lagi, lelaki yang berkerusi roda tersebut juga terpaksa beratur untuk menaiki lif tersebut.

“Sebagai rakyat yang prihatin, saya mahu kita sama-sama memberikan keutamaan kepada golongan seperti ini.” katanya lagi.

Foto itu dikatakan telah mencetuskan banyak kemarahan dan komen negatif dari netizen.

Selain itu, ada juga turut memberikan komen, “Perkara ini berlaku di setiap stesen, mereka yang kurang upaya pula harus memberi keutamaan kepada yang bernasib baik.”

Bukan sekadar itu sahaja, baru ini seorang pengguna Facebook lain membuat siaran tentang gambar seorang wanita hamil yang berdiri di dalam sebuah kereta api yang dipenuhi dengan orang ramai. Apa yang menyedihkan tidak ada seorang penumpang yang baik hati untuk menawarkan tempat duduk kepadanya.

Sepanjang dekad yang lalu, terlalu banyak cerita tentang aktivis yang menghina dan menganiaya orang kurang upaya. Oleh itu kerajaan Thailand telah memperuntukkan beberapa undang-undang yang dapat melindungi golongan yang kurang bernasib baik ini antaranya Akta Promosi Kualiti Hidup Orang Kurang Upaya 2007 dan Akta Pelajar Kurang Upaya 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *