Apa yang anak Tomok buat memang kelakar.

Bagi para ayah atau ibu kerap dalam dilema saat memilih nama bayi. Memilih nama yang sesuai untuk anak memang memerlukan keyakinan, karena tidak dapat mengubahnya kembali. “Nama adalah salah satu hadiah pertama yang diberikan orang tua kepada anaknya”

Pemilihan nama yang baik amatlah penting kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.

Namun nama nama yang diberikan kadang kadang hanya sampai di sekolah rendah sahaja. Masuk je sekolah menengah dah tukar nama panggilan. Kalau nama panggilan tue ok tak apa lah juga kerana dia adalah doa kepada si penama.

Bab nama nie kebanyakan yang tukar untuk menjadi lebih komersial adalah para artis yela lebih unik nama mereka lebih mudah melekat di minda para peminat. Nie antara nama artis yang sangat jauh dengan nama sebenar mereka, Nazim Othman nama sebenar Nushrul Alif Bin Othman, Johan nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz dan Tomok nama sebenarnya Shah Indrawan Bin Ismail.

Berbeza sangat nama sebenar dengan nama komersial mereka. Semua untuk tujuan komersial baru boleh jual orang industri seni cakap lah. Yang menarik je nama mereka nie memang boleh ingat sampai bile bile.

Terbaru satu entri Tomok ada menunjukkan kertas peperiksaan anak nya Arrian yang dapat markah 80% dalam mata pelajaran Tajwid. Yang menariknya anak tomok menulis nama ayanhnya sangat pendek dan bukan nama sebenar ayahnya.

Nak gelak pun ada jugak… yela anak anak nie dia akan ikut mana yang dia senang ingat dan mudah. Tul tak?

Tomok siap tanya lagi kenapa tulis nama ayah macam tu? Bukan nama penuh… kau ingat ustazah nak bagi markah extra ke? Hihihi

Komen Ustaz Fakhrul UNIC pula mujur dia tak tulis bin Tomok Newboyz sejarah mungkin berulang hahaha kalau dia tulis macam tue menanyi terus ustazah nanti.

Achey pun tak nak melepaskan peluang mengusik Tomok… katanya kalau mata pelajaran lain mesti bin sejarah mungkin berulang. Ada saja rakan artis nak komen nak mengusik Tomok.

Yang komen nama ayah panjang sangat nak tulis… so tulis la nama pendek ayah… senang dan cepat gitu… ada betul juga di situ. Kang tulis nama ayah terus habis masa 0 lah Arrian punya markahkan.

Ada yang cakap nak bodek ustazah dan mungkin sejuk je hati ustazah nak bagi markah bila nampak nama Tomok kan.

Ada juga yang komen mak dia yang tanda? Boleh check Insta dia ada tak gambar ustazah yang bagi markah kat Arrian.

Lagi pun garisan tak cukup nak tulis nama ayah. Ada yang balas anak anak dia pun tulis nama sendiri je dah tak muat nak tulis nama ayah.

Yela nama budak budak sekarang mana ada yang pendek pendek kan? Dulu boleh lah satu perkataan je macam Ali , Omar dan Ahmad. Sekarang ada yang sampai dua atau tiga perkataan tue belum nama ayah lagi, memang tak cukuplah nak tulis.

Yang best ada yang komen mujur Arrian tulis Tomok kalau Arrian tulis momok mahu tak dapat markah langsung coz ustazah dia lari hahaha

Yang best Arrian bagi jawapan apa tujuan belajar tajwid? Mendapat pujian masyarakat… kata Fakhrul UNIC macam perli dia je hahaha terima kasih Arrian mengingatkan kita semua dengan jawapan tue.

Siap ada yang balas agar kita semua tidak riak dan takkabur. Kita doakan agar kita semua menjadi insan yang sentiasa rendah diri dan berakhlak mulia.

Nampak tak peranan nama kepada seseorang. Walaupun dia pendek atau unik asalkan ada makna yang baik baik. Jangan kita cari nama yang pelik pelik tapi membawa makna yang tidak baik.

Jadi nak bagi nama panggilan kepada anak anak, saudara mara, kawan kawan beri lah yang boleh memberi erti yang baik serta mudah untuk kita hafal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *