Apa nak jadi ni sampai pakai pakayan dalam pun nak tunjuk live

Wanita merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang dianugerahkan kepada lelaki. Rupa paras, tata susila serta gaya mereka mampu menjadi daya penarik yang menambat hati lelaki.

Di negara-negara Asia kehormatan dan darjat wanita telah diangkat setaraf dengan kedudukan mereka dalam masyarakat. Mereka dianggap sebagai kaum yang lemah dan perlu dilindungi oleh lelaki yang budiman.

Jika dahulunya wanita hanya berperanan sebagai suri rumah dan menjalankan tugas-tugas menguruskan anak dan rumahtangga seperti mengemas rumah serta memasak sahaja.

Kini, selaras dengan peredaran zaman, peranan wanita juga turut berubah daripada terperap di rumah kepada keluar mencari nafkah bagi menampung keperluan diri sendiri dan keluarga.

Sesuai dengan laungan kesamarataan tanpa mengira orentasi jantina, ramai wanita yang telah berjaya mencapai kejayaan yang setaraf bahkan lebih hebat daripada lelaki.

Cakap saja la apa bidang di dunia ini. Hampir kesemuanya telah berjaya diceburi oleh wanita. Di Malaysia pun kita boleh lihat yang wanita telah diberikan hak untuk berjaya di dalam bidang masing-masing dan perkara ini telah pun dapat diterima oleh segenap masyarakat.

Tapi biasa la kan, kita takkan mampu untuk capai semua perkara dalam suatu masa. Kejayaan yang dicapai oleh wanita serta kebebasan untuk menonjolkan diri dalam masyarakat kadang kala tidak mencapai titik keseimbangan di antara kemajuan dan moral.

Sekarang kita boleh lihat yang perasaan malu yang sebelum ini dimiliki oleh rata-rata wanita di Asia kian terhakis.

Korang boleh tengok sendiri di laman laman media sosial, majlis majlis keraian ataupun di tempat tempat awam.

Daripada aplikasi akaun peribadi media sosial, selfie, nyanyian, tarian, rata ratanya dipenuhi dengan aksi yang pelbagai dari wanita.

Ada yang ok tu ok la. Ini kadang kadang tu sampai terjojol habis semua dia nak kasi tayang. Malu la sikit kan?

Sedang admin duk skrol skrol FB ni, admin terjumpa dengan sebuah videeo yang pada admin agak tak sesuai la untuk ditayangkan kepada awam macam tu. Sebab di FB ni kan ada pelbagai jenis manusia yang datang dari pelbagai peringkat umur. Korang tengok sendiri la.

Posted by Sara Anna Goldsky on Thursday, January 31, 2019

Mula mula tu ok la jugak sebab cerita pasal warna rambut. Tiba tiba pulak dengan slumber je dia sarung pakaiian dalam sambil tengah live. Tak ke tak senonoh camtu.

Kalau ye pun nak jual produk tu agak agak le sis.

Tapi bila admin duk usha akaun FB dia, admin tengok ramai jugak yang beli produk kecantikan dan penjagaan wanita yang beliau jual. Ramai yang claim kata produk produk beliau memang selesa dipakai dan berkesan seperti bengkung, bumpants, korset dan fitsport.

Dengar dengar kata perniagaan beliau sehingga kini dah diedarkan oleh lebih daripada 1000 orang ejen yang sah. Hebat jugak tu.

Admin try la usha, betul ke berkesan produk Sara Anna ni.

Tapi kalau tengok kepada perubahan penampilan beliau admin rasa betul la kot. Tengok jela rupa beliau dulu dengan sekarang.

Memang banyak beza kan? Dulu cicak kobeng rata melidi. Sekarang dah meletoop body mantop.

Hehehe.. memang terliur le tengok kan? Bukan setakat laki je suka, pompuan pun mesti ramai nak jadi camtu kan?

Selalunya produk kalau murah murah camni bagus ke? Korset RM189 ja, tapi hasilnya padu, mesti la ramai yang berpusu pusu nak beli kan?

Korang yang nak tampil cantik bergaya tapi malas nak bersukan dan kuat melantak tu boleh la cuba kot.

Makan banyak banyak sampai penuh lemak di perut, slumber je boleh cover dengan korset camni.

Untung ke tak untung?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *