Apa Korang Nak, Korang Tu Setakat NGO Yang Takde Hak Dan Kuasa. Sajat Naik Angin Ada Pihak Cuba Sekat Rezeki Pekerjanya

Sebelum ini sudah pun diwar-warkan satu acara yang memang tidak asing lagi dan selalunya akan penuh dengan kontroversi iaitu Mood Republik akan berlangsung di Perak pada 29 dan 30hb September 2018. Sebelum ini tular acara Mood Republik ini terkenal dengan satu perkara iaitu mencampak wang wang ringgit kepada orang ramai.

Sebagai contoh video di bawah adalah salah satu acara Mood Republik yang dikatakan pernah dianjurkan di Melaka

NGO dari Reformis Muda Perak Akan Berhimpun Bantah

Bagaimanapun kali ini acara mood republik mempromosikan 3 nama ahli perniagaan yang semakin meningkat naik nama mereka tetapi bukan kerana perniagaan tetapi kontroversi yang membabitkan mereka iaitu Sajat, Safiey Ilias dan Dato Aliff Syukri.

Pertubuhan bukan kerajaan yang menamakan diri mereka ‘Reformis Muda Perak (RMP)’ hari ini mengeluarkan kenyataan akan berhimpun menyatakan bantahan terhadap program MOOD Republik yang mempromosi budaya l3sbian, g@y, bis3ksual, trans3ksual (LG8T) di Meru Raya.

Difahamkan program MOOD Republik yang akan berlangsung dari 29 hingga 30 September itu bakal menampilkan ikon LG8T, Nur Sajat. Selain itu dikhabarkan sebanyak RM10,000 wang tunai disediakan untuk cabutan bertuah dalam program tersebut. Ia dilihat seolah-olah menggalakkan aktiviti LG8T di kalangan masyarakat di sini.

Menurut Presiden RMP, Roslan Ali, RMP menyatakan bantahan kerana tidak mahu program LG8T akan memberi kesan buruk kepada rakyat negeri ini terutam golongan muda.

“ Jelas sekali kami mahukan program tazkirah dan majlis ilmu diadakan di Perak, bukan program yang menempah malapetaka untuk rakyat tanpa mengira bangsa,” jelasnya.

Sementara itu perhimpunan secara aman untuk menyatakan bantahan terhadap program itu akan diadakan di hadapan Hotel Casuarina@Meru pada pukul 10 pagi ini. Tambhnya, ia sebagai mesej bahawa rakyat Perak menolak ikon LGBT dari mendapat promosi di negeri ini.

Lihat video penuh di bawah

Turut bersama adalah Pemuda Amanah Tapah turut menyatakan bantahan mereka terhadap program terbabit  kelmarin. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan juga turut sama menyatakan bantahan. Antaranya ialah Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (Maap) dan Persatuan Peniaga Keretapi Tanah Melayu. SUMBER : Independant

Screenshot bukti perniagaan Sajat kena ganggu

Sajat Suarakan Rasa Tak Puas Hati

Dalam pada itu Sajat memuat naik satu posting tidak puas hati kerana pihak yang dikatakan NGO telah menggangu perniagaan berliau. Berikut adalah posting beliau;

” Inilah name nya MELAYU BUNUH BANGSA MELAYU SENDIRI… kesian pada stokis sajat kak @rozbylita_stokisnursajatipoh ,nak berniaga,nak mencari rezeki halal,korang boleh pergi ke booth,korang buat kacau dan huru hara.. macam tak ada adab..ini ker contoh yang boleh di AMBIL PADA NGO YANG BUAT SERBUAN INI!!

Sebenarnya apa yang korang nak yer?? Korang tu setakat NGO YANG TAK ADA HAK DAN KUASA!!!negara kita ini ada undang undang!!!kenapa perlu membuat kekecohan??Membuat huru hara tempat orang nak berniaga.. kesian akak ita tu kena tanggung kerugian(sewa booth,decoration,staf part time dan macam macam lagi lah)selama ini,di moodrepublik,saya akan bagi BOOTH saya kepada stokis2 saya untuk belajar bagaimana berniaga secara offline..tak sangka sampai macam tu NGO INI BUAT RUSUHAN.

So macam mana melayu nak maju!!kalau bangsa sendiri nak jatuhkan antara satu sama lain..saya dah join moodrepublik dari tahun 2016 lagi.. semua booth2 kami,berikan pada stokis!!! Saya nak tanya??? APA SUMBANGAN NGO KERETA API TANAH MELAYU BERIKAN KEPADA PENIAGA DI LUAR SANA???saling hormati itu lebih penting dari korang nak tunjuk hebat tempat orang nak mencari rezeki yang halal.. akak tu nak cari rezeki.. berniaga!!! Bukan nya dia buat maksiat!

Justeru saya harap pihak berwajib boleh fikirkan hal ini!!! Kerana saya sebagai perniaga bumi putra,telah banyak menyumbangkan pendapatan pada ekonomi negara,dan sambil memberi peluang perkerjaan kepada mereka yang mermelukan dan banyak membantu suri suri rumah dan ibu tunggal menjana pendapatan sendiri untuk ekonomi mereka.. Dan tolong jangan nak jadi samseng bully kepada perniaga seperti stokis2 saya… kerana mereka hanya berniaga sahaja..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *