Apa Dah Berlaku Dengan Negara Ini, Tak Masuk Akal Langsung. TMJ Selar Kenyataan Mufti Cadang Umur Minimum Kahwin 14 Tahun, Ini Alasan Beliau

Terkini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini menyelar cadangan seorang mufti agar had umur minimum perkahwinan perempuan diturunkan kepada 14 tahun. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan dimuat naik dalam laman Twitter rasminya.

Menurut kenyataan itu lagi, Tunku Ismail bertitah  ia adalah tidak masuk akal sama sekali. “Jadikan umur perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan kepada 14 tahun sebagai sah? Apa yang sedang berlaku di negara ini? Ini betul-betul gil@,” titah baginda.

Sementara itu, Tunku Ismail turut memberi maklum balas terhadap komen yang diutarakan netizen dan memberitahu baginda akan membawa isu terbabit ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja. “Insya-Allah. Saya rasa isu ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja. Banyak lagi isu yang akan dibawa.

“ Walaupun saya tidak mempunyai kuasa di negeri lain dan saya hanya boleh berkongsikan pandangan tetapi di Johor perkara ini tidak akan berlaku,” titah baginda.

Terdahulu, kenyataan Tunku Ismail berkenaan susulan saranan yang dibuat Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar semalam, yang tidak bersetuju had umur minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun.

Malah Aziz dipetik memberitahu, individu patut dibenarkan berkahwin awal sesuai dengan hukum syarak, malah mencadangkan had usia diturunkan kepada 14 tahun bagi remaja perempuan dan 16 tahun bagi lelaki.

Dalam pada itu Mufti Sabah mencadangkan had umur perkahwinan tidak dinaikkan tetapi diturunkan kepada 14 tahun untuk perempuan. Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata kahwin awal harus dibenarkan namun mereka perlu “dapatkan kebenaran khas mahkamah,” lapor Berita Harian.

“ Jawapan saya, kenapa dibenarkan kahwin awal, kerana anak-anak sekarang sudah amat matang dan terdedah kepada soal s3ks lebih awal,” ujarnya.

Beliau yang tidak bersetuju had usia minimum dinaik kepada 18 tahun beliau menjelaskan pendedahan mereka terhadap s3ks “eloklah dikawal” dengan “kahwin awal.”

Selain itu beliau turut mencadangkan 16 tahun untuk lelaki, beliau menegaskan yang terpenting prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan diperketat dan melalui mahkamah. Sementara itu semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan negeri lain patut mencontohi Selangor yang menaikkan had usia perkahwinan.

Terdahulu tular di media sosial apabila 18 Julai lalu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun menjadi isteri kedua seorang lelaki anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berusia 44 tahun. Perkahwinan tersebut direstui keluarganya dan mendapat kebenaran mahkamah syariah.

Manakala sebelum ini, seorang kanak-kanak 11 tahun berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun sebagai isteri ketiga. Perkahwinan tanpa kebenaran mahkamah tersebut berlangsung di sebuah masjid di Padang Nyor dekat Sungai Golok pada 18 Jun lalu.

Da;am pada itu, kerajaan pula membayangkan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur dalam jangka panjang. Sebagai langkah permulaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, memberitahu garis panduan lebih ketat membabitkan isu perkahwinan kanak-kanak bawah umur akan dirangka.

Jelasnya, senarai prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu akan disediakan tidak lama lagi. “Ia akan dikenal pasti dalam bulan ini dan pihak terbabit akan membentangkannya kepada saya.

” Manakala untuk jangka panjang, panjang perkahwinan bawah umur harus terus diharamkan,”  ujarnya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini. Mujahid mengakui isu berkenaan amat rumit dan teknikal serta memerlukan kerjasama semua pihak.

Tambah beliau lagi, pelbagai masalah teknikal perlu diselesaikan, selain memerlukan pindaan undang-undang syariah dan sivil membabitkan kebenaran perkahwinan bawah umur.

” Terdapat banyak pihak perlu dirujuk sebelum langkah itu dibuat sebagai persediaan dan paling penting mengikut undang-undang Islam dan Syariah,” jelasnya.

Video di bawah hanyalah hiasan semata-mata

Kenyataan tersebut merujuk kepada laporan mengenai perkahwinan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan kanak-kanak berusia 11 tahun di Kelantan baru-baru ini, menjadikan isu perkahwinan bawah umur hangat diperkatakan netizen dan pelbagai pihak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *