Anda Boring Tengok Bola Sorang Sorang Malam Ni

Kali terakhir negara kita layak ke final Piala AFF Suzuki adalah pada tahun 2014. Dan pada tahun ini, skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe sekali lagi mencipta sejarah mara ke saingan akhir buat kali ke-4 dalam sejarah pembabitan pasukan Malaysia di kancah antarabangsa.

Pada perlawanan 1st leg tempohari, 80,000 tiket telah habis terjual, pastinya ramai lagi kelompok peminat Harimau Malaya tercari-cari ‘port’ menarik untuk menonton perlawanan ini bersama-sama keluarga mahupun rakan-rakan bagi perlawanan 2nd leg di Vietnam.

Anda boring tonton final kali ini bersendirian dirumah? Rasai dan kongsikan semangat dan aura final kali ini beramai-ramai seperti berada di stadium. Bersempena dengan perlawanan getir buat skuad kebangsaan pada malam ini, kami senaraikan 10 ‘port’ menarik untuk anda saksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018:

#1 Restoran Nasi Kandar Nasmir, Mukim Keladi

Lokasi: Taman Semarak, Kulim, Kedah

Restoran Nasi Kandar Nasmir ini mempunyai 11 cawangan di bahagian Semenanjung Utara Malaysia. Salah satu daripada cawangan restoran tersebut terletak di Kulim, Kedah. Ia beroperasi 24 jam sehari, selain mempunyai layar skrin besar serta pembesar suara yang sangat jelas untuk mendengar ulasan daripada komentator perlawanan di bahagian luar, ia pasti membangkitkan dan meremangkang bulu roma anda semasa menonton.
#2 Restoran Al-Fariz Maju

Lokasi: Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Ini merupakan salah satu restoran mamak yang beroperasi 23 jam sehari. Sering menjadi tumpuan buat peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris dan juga Champions League. Mempunyai sebuah layar skrin besar di bahagian luar untuk memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan bersama rakan-rakan. Juga terdapat bahagian berhawa dingin dengan TV skrin besar. Antara makanan yang menyelerakan sambil menonton bola disini adalah Naan, Nasi Lemak dan juga Kuey Teow Kung Fu bersama Teh O Ais Gajah. Makanan standard lepak mamak semuanya..

#3 Restoran Ameer Ali

Lokasi: Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Ia merupakan rival kepada Restoran Al-fariz Maju, Ameer Ali terletak bertentangan dengannya. Ingatkan team bola je ada rival ke? Mamak pun hado..Dibuka 24 jam sehari dan menyediakan layar skrin gergasi ditepi kedainya. Menu yang disediakan disini seperti mana kebiasaan sebuah restoran mamak namun berdekatan dengannya terdapat sebuah warung burger ‘legend’. Anda boleh memesan ‘burger cincang’ sambil menonton perlawanan Piala AFF Suzuki 2018. Syok oooo..

#4 NZ Wangsa Maju

Lokasi: Wangsa Maju

Merupakan tempat lepak yang tida asing lagi bagi budak budak batu nak up..salah satu lokasi terkenal di Wangsa Maju untuk menyaksikan perlawanan bolasepak. NZ yang sering menjadi tumpuan peminat EPL pasti akan dipenuhi penyokong Malaysia pula. Sambil menonton, anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan seperti roti canai, nasi kandar, sup dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba Roti Puri yang enak di NZ Wangsa Maju. Budak KL kalau tak tau tempat ni dh boleh pindah Uganda rasanya..

#5 The H Hartamas

Lokasi: Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Bagi penduduk di sekitar Kuala Lumpur, pastinya The H di Sri Hartamas cukup dikenali sebagai  tempat menyaksikan perlawanan bola sepak. Dengan skrin besar dan pelbagai juadah enak terutamanya menu paling popular Nasi Ayam Kicap Cili Gesek di kedai Tiga Budak Gemuk, ini lokasi yang sesuai untuk menyaksikan Malaysia vs Vietnam nanti. Lokasi budak have2 je lepak sini..kalau korg jenis suka usyar awek sekali, ni la port baek bagi tujuan tersebut..huhuhu

#6 The Podium

Lokasi: Sungai Penchala, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur memang mempunyai banyak lokasi menyaksikan bolasepak. Bagi yang tinggal di sekitar TTDI, Mutiara Damansara, Kota Damansara dan Damansara Perdana, boleh berkunjung ke The Podium di Sungai Penchala untuk menyaksikan perlawanan esok. Dengan pelbagai pilihan juadah dari makanan ringan sehingga makanan berat, ini lokasi sesuai untuk bersama rakan dan keluarga untuk menyokong Harimau Malaya. Menerusi akaun Instagram mereka, The Podium akan memberikan 200 baucer makanan percuma kepada yang terawal pada malam ini.

#7 Restoran Hakim

Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam

Restoran Hakim merupakan restoran mamak yang sangat popular bagi peminat Arsenal sekitar Shah Alam. Menjadi tumpuan pelajar-pelajar daripada universiti dan kolej berdekatan. Walaupun menjadi port rasmi budak2 Arsengal, bila ada perlawanan menarik, restoran ini tidak ketinggalan menyiarkannya.

#8 Pawagam TGV

Lokasi: 1 Utama, Georgetown, Seremban, Sunway Pyramid, Tebrau, Wangsa Maju

Salah satu lokasi yang dicadangkan adalah di panggung wayang. Sambil tonton bola boleh makan pop corn dan air coke..Selepas mendapat permintaan ramai, akhirnya TGV Cinemas bakal menyiarkan perlawanan Malaysia menentang Vietnam di enam lokasi. Tanpa perlu berpanas dan kerusi yang selesa serta skrin besar, tiada sebab untuk peminat bolasepak tidak mencuba menyaksikan perlawanan ini di TGV. Kemasukan adalah percuma!

#9 Fiesta Big Screen

Lokasi: Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya

Bagi yang tinggal sekitar Putrajaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya menganjurkan Fiesta Big Screen untuk peminat Harimau Malaya merebut takhta Piala AFF Suzuki. Lebih menarik, program ini turut dimerihkan dengan acara cabutan bertuah kepada penonton yang hadir.Selain itu, pihak penganjur turut menayangkan aksi kedua di antara Vietnam dan Malaysia pada 15hb Disember kelak.

#10 Live Party AFF Suzuki Cup 2018 Final

Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil

Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pula telah menganjurkan Live Party AFF Suzuki Cup 2018 Final bertempat di Axiata Arena, bersebelahan dengan Stadium Nasional Bukit Jalil. Berdasarkan kepada hebahan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kemasukan ke Axiata Arena adalah percuma dan mampu memuatkan seramai 15,000 penonton bagi menyaksikan perlawanan pada malam ini.

Apa lagi, jom ramai-ramai memeriahkan lokasi2 yang admin cadangkan. Semangat ekor harimau malaya harus didokong oleh kita semua bukan setakat kaki chanting di stadium sana sahaja.

Dah baca sila kongsi supaya rakan-rakan anda pun boleh lepak di lokasi yang admin cadangkan..

Chow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *