Akibat ketawakan orang lain, anak Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin terima paadah

Lama tak dengar berita tentang pasangan artis popular ni. Karier Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dalam bidang lakonan sejak kebelakangan ni agak suram tanpa drama atau filem baru.

Hehe.. mungkin ada agaknya. Cuma admin je yang jarang tengok TV sekarang ni. Maklum la, sibuk cari rezeki untuk keluarga.

Okay. Berbalik kepada pasangan glamour ni, Shaheizy Sam memulakan karier seni beliau sekitar tahun 1990an dan mula dikenali ramai melalui lakonan beliau yang memegang watak utama sebagai Adnan dalam filem aksi komedi Adnan Sempit.

Sejak itu, adik kepada Zizie Ezette itu semakin mendapat tempat di hati peminat dan laku keras dalam senarai pilihan pengarah-pengarah tempatan.

Lakonan beliau yang bersahaja dan penuh dengan humor bak Stephen Chow seringkali mendapat pujian peminat. Tak hairan la filem-filem lakonan beliau dengan mudah mencecah jualan tiket box office.

Pernah dikaitkan dengan beberapa orang artis wanita, akhirnya Shaheizy Sam mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan cinta hati, Syatilla Melvin pada tahun 2016.

Syatilla Melvin adalah merupakan finalis Dewi Remaja 2009/2010, bersama-sama dengan Neelofa, Anzalna Nasir dan Izara Aishah. Hmmm.. bukan calang-calang tau pilihan hati Sam ni.

Beliau mula melibatkan diri di dalam bidang lakonan sejak dari itu dan aktif mengisi ruang drama-drama tempatan pada tahun 2012.

Tidak mengambil masa yang lama, kedua-dua pasangan sejoli itu menimang cahaya mata sulung pada 9 Mei 2017.

Setelah mengalami keguguuran pada Julai 2018, pasangan ini menerima khabar gembira apabila Syatilla disahkan mengandung lagi anak kedua pada September 2018.

Itu la kan, kalau dah rezeki tak ke mana. Diuji dengan kegugurran, pasangan tersebut tidak mengalah bahkan terus tabah dan cekal berusaha.

Biasa la apabila kedua ibu bapa merupakan pasangan terkenal, anak-anak pula menumpang populariti mereka.

Ini boleh dilihat daripada laman media sosial yang memaparkan kehidupan keluarga bahagia ini.

Admin pun tak terkecuali daripada mengikuti perkembangan mereka.

Sedang admin pegi stalk laman instagram mereka admin terjumpa sebuah videeo untuk dikongsikan dengan korang semua.

Tapi videoo ni admin pun tak tau samada nak bersimpati atau ketawa. Korang tengok sendiri la.

Karma katanya. Matilanak

Posted by Lubokviral.com on Tuesday, March 12, 2019

kita saksikan yang anak sulung SamTilla sedang ketawakan adiknya yang tersembam. Dalam pada tu tiba-tiba seluar beliau pulak terlondeh dengan sendirinya.

Hahaha.. itu la kan, siapa suruh suka ketawakan orang. Kan diri sendiri dah terima akibatnya. Tuhan bayar cash.

Khabarnya pasangan SamTilla dan anak-anak bakal menerima orang baru tak lama lagi. Kerap betul nampak pasangan romantik ni berusaha. Hehe.. semoga korang yang kat luar tu pun rajin berusaha jugak lah ye.

Adios amitos asparagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *