Adakah Ini Akan Menjadi Tanda Untuk Khairy Jamaluddin Menjadi Presiden UMNO?

CALON Presiden UMNO Khairy Jamaluddin jelas menjadi pilihan netizen bagi jawatan itu apabila meraih 72 peratus daripada undian di laman Twitter Harian Metro.

Undian dalam talian itu dijalankan sejak malam tadi selepas debat antara tiga calon presiden iaitu Khairy, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menerima lebih 2,400 undian sejak 12 tengah hari ini.

Setakat ini, Khairy Jamaluddin mencatat undi tertinggi iaitu 72 peratus diikuti Tengku Razaleigh sebanyak 24 peratus dan Ahmad Zahid sebanyak lima peratus.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan UMNO peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) bermula 9 pagi hari ini secara serentak di 191 bahagian dengan agenda utama memilih barisan kepemimpinan peringkat MT bagi sesi 2018-2021.

Lima calon sebelum ini diumumkan bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu termasuk trio utama Tengku Razaleigh, Ahmad Zahid dan Khairy.

Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang kurang dikenali ialah ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, turut dinamakan sebagai calon bagi jawatan itu.

Mesyuarat perwakilan UMNO bermula 9 pagi hari ini serentak di 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepemimpinan di peringkat bahagian dan MT bagi sesi 2018-2021.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, ia bakal menyaksikan persaingan di antara Ahli MT Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Tujuh calon lagi akan bertanding merebut tiga jawatan naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Sheikh Razali Sheikh Hamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ahmad Said.

Seramai 106 calon pula akan bertanding merebut 25 jawatan sebagai ahli MT.

Perwakilan pada mesyuarat hari ini akan melakukan pengundian bagi memilih barisan kepemimpinan peringkat bahagian.

Keputusan pemilihan jawatan tertinggi peringkat pusat dijangka diperoleh dan diumumkan pada sebelah malam oleh Ibu Pejabat UMNO, manakala keputusan peringkat bahagian akan diumumkan Pengerusi Tetap bahagian.

Sebelum ini, beberapa keputusan peringkat bahagian membabitkan jawatan Ketua Bahagian diumumkan antaranya termasuk bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan.

Sabtu lalu, UMNO mengadakan mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

SUMBER : HMETRO ONLINE

1MDB: Khairy Jamaluddin zahir kekesalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *