8 Sekawan Kempunan Sorang Kena Hantar Pulang Dari Korea Balik Hari. Hati Hati Dengan Syarat Terbaru Imigresen Korea Ni

Untuk makluman semua sekarang ni memang kerajaan korea memandang berat terhadap isu lambakkan pekerja asing di negara tersebut. Hal ini menyebabkan mereka telah mengadakan kawalan ketat di pintu masuk negara mereka. Mana2 pelancong yang mereka rasa meragukan tanpa sebarang alasan terus menghantar pulang pada hari yang sama..

Ha mcm tu la aku kena pada 4/10. Aku tiba di incheon airpot lbh kurang jam 8 pagi dan di hantar pulang ke Malaysia pada jam 430 petang pada hari yang sama.. Ha sebab tu la tajuk penulisan kali ni ke negara k-pop ‘balik hari’

So apa sebab aku kena hantar pulang?
Mcm ni cerita dia..
Bermula dgn tidak mengisi jenis pekerjaan di borang ketibaan dan seterusnya berakhir dengan penghantaran pulang. Seperti negara2 lain yg aku pergi sebelum ni kebiasaannya aku tidak pernah isi jenis pekerjaan di dalam borang ketibaan `arrival card`dan boleh diterima tetapi ni negara korea kali ni aku terkandas.
Pegawai imi bertanya dgn nada yang keras what your job?
Aku cuma ckp government servant
What type (mungkin dia nak tye bahagian apa)
Aku terus jawab fisheries
Nah lepas tu terus dia x paham.
Mungkin dia ingt aku nelayan gamaknya terus aku di bawa ke dalam bilik pengasingan..

Benda pertama buat kat dlm tu mereka mintak cop 2 jari telunjuk kanan dan kiri.. Mcm lagu goyang 2 jari tu.. Tangkap gamba sekeping an dia bg form suh isi.. Semua data yang nk kena isi dalam form tu sama mcm arrival card cuma form dia dlm bentuk A4.

Aku ingat x ramai dalam bilik siasatan sekali penuh manusia.. Ramai pelancong dari thailand masa tu.. Ok nak di pendekkn cerita aku tunggu lebih kurang 4jam ke 5jam sebelum di panggil untuk siasatan. 4-5 jam tanpa di beri mkn kot.. Lapa? Perasaan cuak tu melebihi segalanya..

Semasa menunggu masa untuk di soal siasat aku cuba mintak izin dari pegawai imi supaya nak beri wang ng t money kepada rakan yg menunggu di luar.. Haram permintaan aku ditolak sekeras2nya oleh pegawai imi tersebut.

Ok masa aku untuk di soal siasat tiba.. Aku dipanggil oleh seorang pegawai imi perempuan dan seorang translater yang boleh cakap bahasa melayu.. Tapi translater tu hanya pada telifon.. Kesemua dokumen yang ada pada aku dia ambik termasuklah wang tunai yang agak banyak untuk diberikan kepada kawan aku beserta 8 keping t money. Soalan pertama yang dia tye mengenai pekerjaan aku.. So mmg aku syak diorang mmg meragui dengan pekerjaan aku..

Ok soalan seterusnya dia tye berapa ramai datang.. So aku ckp 8 orang semua skali.
Sebut nama penuh semua kawan2 awak.
WTF.. Ingt aku tau semua nama penuh customer semua ke? Hurmm. Aku ckp la semua detail nama penuh ada dlm dokumen yang dia ambik td. Terus dia ckp sepatutnya awak kne tau siapa nama penuh kawan2 awak.. Aku dh rasa pahal lak kne hafal semua???

Ok next dia tye dtg untuk jln2 kan? Blh tau nk pg mana? Aku just jwb la mana2 tempat yg kami nak pegi.. Skali dia nk detail semua nama tempat.. Aku keluakan itinerary kami terus dia rampas dan marah.. Awak patutnya tau mane tempat yang awak nk pg.. Lah td kan aku dh bg tau.. Sy nak details.. Faham!!
Hey cik imi oii aku first time datang kot kau ingt aku blh hafal semua nama tempat negara kau? Baik aku hafal asmaul husna je.. (tapi yang ni aku jawab dlm hati je la)

Soalan last berapa byk duit yang awak bawak.. Spontan jawab 2m won ye la sbb semua dokumen serta beg duit aku dia ambik.. Nk menipu nnt kantoi lakkn so aku jujur je la.. Skali dia jwb knp byk sgt bwk duit? Lah bebal jgk pegawai ni aku pikir dlm hati.. Aku jwb la nk byr htl sambil tunjukkn reservation hotel dlm fail yang aku bwk.. Bayaran pengangkutan sambil tunjuk tiket t money dan selebihnya untuk belanja & shoping..

Awak x sepatutnya bwk duit byk n dape x sepatutnya berikan duit kpd awak sbb awak sendiri x knl mereka bla. bla. bla.
Aku dah mcm hmmmmmmm… Dia x paham gamaknya apa yang aku ckp td..

Sblm mengakhiri soal siasat aku cuba berkomunikasi dgn translater supaya maafkan aku sbb ni first time dtg ke nagara korea ni.. Blm sempat translater hbs ckp terus dia putuskan panggilan phone.. Terus dia hulurkan aku satu form untuk aku sign.. Dia ckp yang aku x dibenarkan masuk ke korea.. Aku cuba memintak izin untuk memberikan wang dan t money kepada kawan yang tggu di luar.. Dengan nada yang sombong dia ckp NO!!

Setelah selesai soal siasat aku terus diiring ke ruang pelepasan antarabangsa untuk dihantar pulang ke Malaysia. Siap escort sampai dlm flight kau.. Fuhh. Pasport aku mmg dia pegang dan diberikan setibanya di klia….

Begitulah sedikit sebanyak kisah aku ke negara Korea Balik Hari.
Pesanan aku pada korang yang nk ke korea pastikan segala persiapan mental dan fizikal.. Klu blh hafal semua tempat yang korang nk pg tu.. Ye mmg x semua org dia akan panggil tp klu nasib x baik jadi mcm aku la.. Pastikan arrival card korang isi penuh.. Jangan tgglkan ruang kosong.. Bermula dgn x tulis pekerjaan di akhiri dgn penghantaran pulang weh.. Sedih mmg sedih weh tp aku pikir positif je la.. Allah perancang yang terbaik.. Hanya Dia yang tahu segala-galanya.

Finally thanks to big bos Fais Taib and NurulNawayi.. Sory beb sempat bersama korang sampai airport je.. Hahaha.. Kpd customer Ellyne Lyana n the geng sorry sbb aktiviti korang tergendala sbb aku.. Hope korang x serik join trip DerakVenture lagi.. Buat wife NaDir Hashim cr tempat lain eh x yah p korea dah.. Hahaha.. Fanally buat kawan2 yg x putus2 tye mcm mne keadaan setelah tau keadaan aku thanks byk2.. Insyallah nnt klu jumpa dpn2 aku story la kat hangpa yg penting payung kopi..

Wassalam.. Faiz Taib

Sementara itu, isu membabitkan rakyat Malaysia yang mencari rezeki di Korea Selatan hangat diperkatakan sejak awal tahun ini dan ada antara mereka yang tertipu dengan janji manis ejen demi mengejar bayaran gaji yang lumayan.

Menurut laporan berita Korea Herald, terdapat seramai 251,000 pekerja asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di Korea Selatan.

Kementerian Keadilan Republik Korea berkata, angka melibatkan pekerja dari Malaysia meningkat pada tahun lalu.

Korea Selatan membenarkan warga asing dari 16 negara di Asia Tenggara dan Asia Barat untuk bekerja di negaranya di bawah Sistem Permit Pekerjaan (EPS) dan Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu.

Terdapat hampir 279,000 warga asing didaftarkan dalam skim EPS yang menggajikan pekerja dalam sektor kemahiran rendah seperti pembuatan, perikanan dan agrikultur.

Pekerjaan tersebut tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat negara ini kerana bayaran yang rendah dah persekitaran kerja yang tidak selamat.

Pemegang skim EPS dibenarkan bekerja di Korea Selatan selama tiga tahun dan boleh melanjutkan permit tersebut untuk tahun berikutnya dan 10 bulan selepas diluluskan oleh pihak majikan.

Pihak majikan telah meminta pihak kerajaan untuk meninggikan kuota bagi skim EPS bagi memenuhi kekurangan jumlah tenaga buruh dalam beberapa sektor.

Bagaimanapun pihak kerajaan memilih untuk berjaga-jaga selepas mendapat tentangan orang awam tentang kebanjiran warga asing yang didakwa mengambil pekerjaan daripada rakyat Korea Selatan.

Para aktivis berkata, agensi pekerjaan swasta turut mengambil kesempatan terhadap warga asing yang ingin bekerja di Korea Selatan dan pihak berkuasa negara ini gagal menyediakan perlindungan kepada pekerja yang tidak memiliki dokumen yang sah.

Ia sekaligus menyebabkan Pati ini berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan di tempat kerja dan pelbagai serangan lain.

Buruh haram biasanya diambil bekerja secara harian dan dihantar ke beberapa lokasi berbeza pada setiap hari.

Antara kecederaan di tempat kerja yang menimpa rakyat Malaysia yang bekerja sebagai buruh haram di Korea Selatan.

Mereka terpaksa bekerja dengan segera tanpa diberi latihan terlebih dahulu dan boleh menyebabkan pekerja terbabit berisiko untuk mengalami kemalangan.

Menurut Kementerian Keadilan Korea Selatan, kebanyakan warga asing yang tidak memiliki dokumen adalah terdiri daripada mereka yang sudah menetap lebih tempoh permit bekerja dan visa pelajar.

Manakala, mereka yang lain datang ke negara itu untuk bekerja selama tiga bulan menggunakan visa pelancong.

Pada 2017, kementerian tersebut telah menghantar pulang seramai 31,237 Pati dan mendakwa seramai 6,460 ejen pekerjaan.

Tahun ini, kementerian itu meningkatkan jumlah pegawai imigresen yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti Pati kepada 1,400 orang; melanjutkan tempoh tindakan keras terhadap penyeludupan warga asing kepada 22 minggu; dan menetapkan sebanyak 34 lokasi penempatan, termasuk tapak pembinaan dan kilang-kilang untuk pegawai terbabit.

Pekerja asing layak menerima pampasan sekiranya mengalami kecederaan di tempat kerja tanpa mengira status imigresen mereka.

“Terdapat bekalan kerana ada permintaan. Pekerja yang tidak berdaftar ini ramai kerana terdapat pekerjaan di sini untuk mereka.

“Kerajaan perlu mengkaji semula keadaan untuk membuat dasar imigresen yang sejajar dengan pasaran,” kata ketua bahagian Pejabat Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi Seoul, Park Mi Hyung.

Tambah beliau, tanpa laluan rasmi untuk masuk ke Korea Selatan, kebanyakan pekerja asing yang berkemahiran rendah terpaksa membayar komisyen bagi mendapatkan pekerjaan dan proses tersebut tidak dilakukan secara jelas.

“Pekerja asing adalah mereka yang sering menjadi mangsa,” kata wanita itu.

Di bawah Akta Piawaian Buruh dan Akta Insurans Pampasan Kemalangan Industri, pekerja asing layak menerima pampasan bagi kecederaan yang dialami di tempat kerja daripada pihak kerajaan tanpa mengira status imigresen mereka.

Mereka boleh memfailkan permohonan tanpa keizinan daripada pihak majikan.

sumber: mstar & keluarga.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *