5 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhati hati Dengan Wanita Kelantan. Nombor 5 Itu Paling Tepat, Awas Kaum Lelaki

Selalu kita dengar amaran diberikan sekiranya mahu berkawan dengan wanita dari Kelantan. Kerana apa? Untuk itu anda perlu baca post ini dengan teliti dan penuh ketenangan.

Artikel ini berikan lima alasan untuk anda terutama lelaki supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati sekiranya berkawan dengan wanita yang berasal dari Kelantan, apatah lagi andai anda menjalinkan hubungan serius dengan mereka.

Berdasarkan pengalaman sendiri saya pernah berkawan dan bercinta dengan wanita atau gadis dari Kelantan. Masa itu, saya berada di tahun akhir pengajian di IPT. Memang tidak disangkal, gadis dari Kelantan memang lawa-lawa dan cantik. Kata kawan saya, gadis Kelantan dari Pasir Mas adalah yang paling cantik.

Berdasarkan sumber kebanyakan mereka kacukan dengan arab, itulah antara sebab ramai wanita kelantan yang mempunyai hidung mancung dan kulit putih cerah, serta mempunyai warna mata yang menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah memakai celak.

Berikut adalah 5 Alasan Agar Berwaspada Apabila Berkawan Dengan Wanita Kelantan

Di sini, saya ingin kongsikan sedikit info  yang mungkin tidak 100% benar, namun kalau mengikut perkembangan dan pemerhatian semasa, mungkin ada daripada anda yang akan bersetuju dengan lima alasan ini;

1- Sila elakkan menipu wanita Kelantan dalam hal berniaga

Betul, wanita Kelantan memang bijak berniaga. Tak perlu jenguk jauh-jauh, anda pergi sahaja ke Pasar Khadijah … di situ sudah nampak bukti bahawa wanita Kelantan memang hebat dalam berniaga. Bukan setakat berniaga kecil-kecilan, berniaga besar-besaran pun hebat .. tak percaya? Lihat sahaja Neelofa, Datuk Sri Vida dan ramai lagi. Kalau anda didapati menipu dalam bab berniaga ni, awas! anda mungkin akan berhadapan dengan masalah.

2- Penampilan mereka sangat menggoda

Meskipun mereka tidak berwatakan gelenya atau gatal, tetapi mereka mempunyai penampilan yang cukup menggoda. Tak perlu nak tergedik-gedik seperti sesetengah wanita dan gadis, wanita Kelantan menerusi kecantikan semulajadi sudah cukup untuk membuatkan lelaki tergoda.  Lihat sahaja Neelofa. anda mungkin mudah tergoda dengan mereka.

3- Terkenal sebagai wanita yang sangat berdikari

Wanita Kelantan juga terkenal dengan sikap mereka yang rajin berusaha dalam mencapai sesuatu kejayaan …. mereka boleh hidup dengan hebat tanpa bantuan lelaki. Tidak percaya? Anda lihat sendiri pengasas produk Qu Puteh. Lelaki mungkin tidak penting dalam hidup wanita dan gadis dari Kelantan (dalam aspek untuk sara kehidupan).

4- Sangat lembut dalam tutur kata

Memang benar, kebanyakkan wanita dan gadis dari Kelantan bermulut manis dan lembut tutur kata. Mereka bijak menggunakan ayat sehingga membuatkan ramai boleh cair dan terpikat, hatta bila berbicara di dalam loghat Kelantan. Kalau tidak, masakan saya boleh jatuh hati. Jadi, awas dengan bicara wanita Kelantan, cubalah masuk ke gerai-gerai yang ada di Pasar Khadijah, dan anda akan tahu apa maksud saya.

5- Mereka sangat berani

Pernah tengok video viral wanita Kelantan bertumbuk dan berterajang tak? Ngeri tak? Dalam kelembutan seorang wanita dan gadis dari Kelantan, ada ‘kekerasan’, kecekalan dan keberanian. Jangan main-main, anda mungkin jadi ‘mangsa’ mereka. Lihat sahaja keberanian yang ada pada seorang pengasas produk kecantikan yang popular di Malaysia, pengasas Qu Puteh,  lihat betapa beraninya beliau sehingga berjaya mengecat Stadium Kelantan dengan warna pilihannya, malah, jersi pasukan bolasepak Kelantan pun dia ubah.

Jadi macam mana? Agak-agak relevan tak dengan apa yang saya kongsikan ini dengan kewaspadaan yang perlu ada apabila berkawan dengan wanita dan gadis dari Kelantan?

Diharapkan pengalaman saya ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mengenali lebih dekat lagi dengan wanita yang berasal dari kelantan. Artikel ini telah ditulis berdasarkan pengalaman sendiri dan diolah daripada artikel asal yang diterbitkan dalam Vanilla Kismis.

Video di dalam artikel ini adalah sekadar hiasan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: vanilla kismis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *