Gadis pesan grab ttpi tak sangka pemandu adalah ayahnya yg lama terpisah

Sungguh indah takdir yang telah ditentukan Tuhan. Sungguhpun anak beranak kandung ini sudah terpisah hampir 10 tahun, namun siapa tahu mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

Seorang pelajar sekolah menengah atas di Indonesia ini terkejut apabila penunggang GrabBike yang dipesannya untuk hari itu merupakan ayah kandungnya sendiri, lapor Kumparan.

Dewi Salma Zuhara, 17, berkngsi detik bermakna dalam hidupnya itu di Instastory beberapa hari lepas bersama gambar dirinya dan si ayah yang lengkap berpakaian uniform Grab. Dia kemudian menulis caption menyentuh hati yang berbunyi,

“Order Grab, dapat papaku sendiri. Aku baru tahu ternyata papaku sekarang kerja Grab.”

Alahai sedih bercampur gembira ni!

Berikutan tersebarnya gam bar tersebut, kisah Salma menjadi tular di media sosial. Salma kmudian memberitahu, dia dan ayahnya sudah sekian lama terpisah setelah kedua ibu bapanya bercer4i semasa dia berusia 7 tahun. Selepas dari pencer4ian itu, Salma tidak pernah bertemu mlah mengetahui di mana ayahnya berada.

Akibat sudah sekian lama tidak bertemu, Salma sedikit sebanyak masih berasa janggal untuk bercakap banyak dengan ayahnya meskipun hatinya berbunga-bunga gembira.

“Jadi pagi tadi pulang dari sekolah, saya pesan Grab. Apabila dapat pemandunya, saya cuma memerhati nombor platnya saja. Namun apabila pemandu tersebut datang, saya terkejut melihat wajahnya seperti orang yang saya kenal. Terus saya tersedar itu papa saya!” cerita Salma.

Walaupun Salma dan ayahnya masing-masing tidak bnyak bicara kerana masih kekok pertama kali bertemu, ayahnya sempat berpesan beberapa nasihat berguna buat dirinya yang masih muda itu.

“Ayah tanya khabar dan terus berpesan spaya saya menjadi anak yang baik dan hrus boleh membanggakan mama, membantu mama.”

Ambil psanan tu baik-baik Salma!
Selepas selesai berbual-bual, Salma kemudian dihantar ke restoran yang ingin dtujuinya untuk makan-makan bersama kawan. Ayah Salma juga tidak mengambil sebarang bayaran dari anaknya.

“Papa beritahu tak payah bayar,” kata Salma.

Sungguhpun pertemuan tersebut singkat, na-mun ia sangat bermakna buat Salma yang sudah sekian lama tidak bertemu dengan ayahnya. Dia juga merancang untuk bertemu dengan ayahnya lagi kerana kini dia sudah mengetahui di mana lelaki itu tinggal.
Semoga Salma terus menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapanya!

Sumber Klviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*