10 Artis Malaysia Yang Ada ‘Bau-bau Bacang’ Sesama Artis Yang Mungkin Korang Tak Tahu!

Industri hiburan di negara kita mempunyai ramai artis-artis yang berbakat besar dan industri ini juga tidak putus-putus melahirkan anak seni tidak kira golongan umur.

Tapi korang tahu tak yang ada di antara artis-artis di negara kita ini yang mempunyai ‘bau-bau bacang’ atau pertalian darah sesama artis?

Ok jom MH kongsikan dengan korang lapan orang selebriti yang mempunyai pertalian darah.

1. Datin Eina Azman anak saudara kepada Juliza Adzlizan

2. Datuk Rosyam Nor sepupu kepada Faizal Hussein

3. Scha Alyahya anak saudara kepada Sheril Aida

4. Ernie Zakri anak saudara kepada Anuar Zain

5. Johan Raja Lawak anak saudara kepada Salih Yaacob

JIKA di Hollywood ada pasangan adik-beradik popular antaranya Mary Kate Olsen-Ashley Olsen, Liam Hemsworth-Chris Hemsworth dan Jake Gyllenhaal-Maggie Gyllenhaal, di Malaysia kita juga mempunyai pasangan adik-beradik glamor yang memeriahkan industri seni daripada pelbagai cabang antaranya nyanyian, lakonan dan seni pengacaraan tempatan.

Jom check siapa yang masuk senarai adik beradik glamor Malaysia ni!

sharifah

DARI KIRI: SHARIFAH AMANI, SHARIFAH ARYANA, SHARIFAH ALEYA DAN SHARIFAH ALEYA.

1. Sharifah Sisters

Anak-anak kepada guru seni lakonan, Fatimah Abu Bakar ini semuanya memang berbakat belaka. Anak pertama, Sharifah Aleya memulakan kariernya dalam bidang lakonan sejak remaja lagi dengan membintangi filem Idola bersama-sama Datin Normala Samsudin.

Yang paling popular tentunya Sharifah Amani yang dikenali antara pelakon paling ‘method’ di Malaysia, bagilah apa sahaja watak, pasti akan cuba dilunaskan sebaik mungkin oleh Nani. Sharifah Aleysha pula kini namanya semakin popular dengan drama bersiri Teman Lelaki Upahan selain membintangi filem kontroversi Muallaf yang diarahkan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad.

Yang paling bongsu dalam Sharifah Sisters, Sharifah Aryana pula memulakan karier seninya dengan filem Mohksin bergandingan dengan Syafie Naswip. Ketika ini, kesemua mereka masih lagi meneruskan passion dalam bidang lakonan dan pengarahan kecuali Sharifah Aleya yang kini dilihat memperlahankan seketika aktiviti seninya selepas melahirkan anak keduanya, tahun lalu.

loyw

DARI KIRI: ELFIRA, AHMAD EZZRIN DAN EZLISA LOY.

2. The Loys

Pelakon yang semakin manis berhijab Elfira Loy serta dua adiknya, Ezlisa Loy dan Ahmad Ezzrin Loy sudah lama memulakan langkah mereka dalam bidang seni. Elfira first debut adalah menerusi drama bersiri popular Qaleesya.

Terkini, ketiga beradik popular ini masih lagi aktif berlakon cumanya sesuai dengan imej bertudungnya kini, Elfira lebih mementingkan kerja dalam bidang pengacaraan daripada lakonan yang sudah sebati dengan dirinya sejak kecil lagi.

maembongss

3. The Maembongs

Anak-anak Maembongs mungkin yang paling popular dan paling hangat diperkatakan pada masa ini dan yang paling mencuri tumpuan sudah semestinya Emma Maembong yang pernah dikaitkan bercinta dengan Zizan Razak. Selain Emma, Chacha, Yaya, Shikin dan Ahmad turut sama melibatkan diri dalam bidang seni lakon yang menjadi minat mereka dari dulu lagi. Abang mereka, Ahmad Bakri sebelum ini merupakan drummer untuk kumpulan Gerhana Ska Cinta, Flop Poppy dan Meet Uncle Hussein.

farid

FADZIL ZAHARI DAN ABANGNYA, FARID KAMIL.

4. Farid Kamil & Fadzil Zahari

Adik-beradik ni dua-dua kahwin dengan pelakon popular tau! Memang cantik-cantik semua menantu Datuk Zahari. Farid memulakan karier seninya dengan syarikat produksi Metrowealth Sdn Bhd sementara Fadzil lebih berada di belakang tabir dengan menjadi pengurus artis serta penulis skrip filem.

Baru-baru ini Fadzil baharu sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan Yana Samsudin. Manakala Farid bahagia bersama pelakon Diana Danielle dan anaknya, Mohamad.

faridd diana

fadzil
sharifahh

SHARIFAH SHAHIRA & SHARIFAH SAKINAH.

5. Sharifah Shahira, Sharifah Sakinah & Sharifah Noorhasleenda

Adik-beradik ini datang daripada dua generasi berbeza. Sharifah Shahira dan Sharifah Noorhasleenda yang terlebih dahulu terlibat dalam bidang lakonan, di mana Sharifah Shahira lebih menyerlah sebagai pelawak dan hos program sementara Noorhasleenda sebagai pelakon berkaliber dan pelakon air mata.

Terkini, adik mereka Sharifah Sakinah mula mencipta nama dalam bidang seni yang mana kebanyakan karya lakonannya adalah di bawah pengarahan sutradara popular, Michael Ang.

sharifahhh

SHARIFAH NORHASLINDA.

syamsul

DARI KIRI: SYAMSUL YUSOF, DATUK YUSOF HASLAM DAN SYAFIQ YUSOF.

6. Syamsul Yusof & Syafiq Yusof

Ini yang dikatakan bapa borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi! Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof meneruskan empayar Skop Productions Sdn Bhd milik bapa mereka, Datuk Yusof Haslam yang pernah meraih gelaran Six Million Dollar Man berikutan kejayaan memberansangkan filem Sembilu.

Syamsul lebih dikenali sebagai pengarah filem aksi dan seram manakala adiknya lebih menyerlah sebagai pengarah filem experimental dengan filem debutnya, SAM menyentuh tema penyakit skizofernia atau penyakit mental. – MYNEWSHUB.CC

Sumber : mediahiburan dan mynewshub via media2060.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *